KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan meminjam dua ekor panda dari China menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda sebagai satu diplomatik paling ‘bodoh’ dalam dunia.
Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, perjanjian tersebut dibuat kononnya dalam konteks hubungan diplomatik antara dua negara.
Sedangkan kata beliau, dengan membawa panda ke negara ini pada 20 Mei lalu, menyebabkan negara terpaksa menanggung kos pemeliharaannya yang dianggarkan RM3 juta setahun. Pasangan beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang dibawa tiba ke negara ini Rabu lalu selepas perjanjian ditandatangani pada tahun 2012.
Malah ketibaan pasangan beruang panda dikatakan sangat signifikan memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan sambutan ulang tahun ke- 40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China.
Mengulas lanjut Mahfuz mendakwa program tersebut ibarat kerajaan China menyewakan panda itu kepada Malaysia.
“Kita kena bayar sewa kepada kerajaan China le bih kurang RM3 juta setahun dalam tempoh 10 tahun.
Jadi takkanlah untuk tujuan hubungan diplomatik kita kena bayar kepada China.
“Apakah lambang hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China mereka membuat keuntungan de ngan menghantar panda ke negara ini memperolehi RM3 juta setahun,” kata beliau mempersoal tindakan kerajaan.
Mengulas isu yang sama, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusof dengan sinis menyifatkan istilah slogan ‘rakyat diutamakan’ kini bertukar kepada ‘panda diutamakan, rakyat dibebankan.’
Bercakap , Nurul Islam berkata, sedang panda China dilayan mesra rakyat pula sengsara menanggung kenaikan kos sara hidup dan akan dikenakan GST pula bermula April tahun depan.
No comments:
Post a Comment