05 July 2014

ISIL serang ibu negara?


POLIS nafi serangan ISIL di ibu negara

Polis menafikan satu laporan polis yang mendakwa sebuah bangunan terkenal di ibu negara akan diserang oleh militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Difahamkan, laporan polis berkenaan sengaja dibuat individu yang tidak bertanggungjawab atas sebab hasad dengki.

Sumber memberitahu, individu itu telah menghubungi bilik kawalan polis untuk mendakwa seorang pengganas ISIL dalam perjalanan dari Singapura menuju ke ibu negara untuk melakukan serangan itu.

"Laporan polis itu adalah benar namun setelah disiasat lebih lanjut, dakwaan individu berkenaan tidak benar sama sekali.

"Polis turut membuat siasatan lanjut dan mendapati, laporan itu dibuat atas tujuan peribadi atas tujuan merosakkan bisnes dan reputasi seseorang," katanya.

Laporan polis yang dibuat seorang anggota polis yang menerima panggilan suspek itu turut menyebut seramai 20 anggota ISIL telah berada di Malaysia untuk tujuan itu.


Difahamkan, polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengancam keselamatan awam.-5/7/2014 - AgendaDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive