29 July 2014

WhatsApp bocor, PAS tak boleh dipercayai, kata pengguna Internet

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 29 July 2014
PAS sekali lagi dikritik pengguna Internet selepas mesej WhatsApp di kalangan pemimpinnya – membincangkan “analisis senario” sekiranya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat – dibocorkan pada Ahad lepas dan tersebar luas kepada pengetahuan umum.
Ramai mengatakan PAS terbukti tidak boleh dipercayai apabila mesej yang merupakan perbincangan sulit antara pemimpin kanan parti itu dalam kumpulan WhatsApp PAS Pusat boleh tersebar.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di dalam WhatsApp mesejnya berkata sekiranya PAS keluar Pakatan, ia masih boleh berkuasa di Selangor dan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, dengan bergabung membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
Sebahagian lagi mesejnya memetik Zuhdi berkata: "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Ini menimbulkan kemarahan pengguna Twitter yang bertindak menyeru rakan lain dalam Pakatan – DAP dan PKR – untuk memutuskan sekutu mereka dengan PAS.
"Selepas WhatsApp itu, ramai yang marah dengan PAS," kata @Art_Harun sementara @aimancaezar berkata: "Tiada simpati langsung untuk PAS. Strategi politik tahap tinggi dibincang melalui WhatsApp dan maklumat bocor. Semua ini perkara asas."
Ramai juga kecewa dengan PAS – yang selama ini dikenali tegas dengan pandangannya sebelum menyertai Pakatan – mengatakan mereka tersilap dalam menyangka parti Islam itu sudah tidak lagi mempunyai pendirian yang melampau.
@patricklsk berkata: "Kalau mesej WhatsApp itu sahih, ia membuka mata kita kepada siapa PAS sebenarnya. Selama ini saya sangka PAS tidak lagi begitu..."
"Kalau benarlah yang tersebar itu adalah dari kumpulan WhatsApp PAS, saya tak tahu apa nak kata lagi," kata @afifsohaili.
@Sasindran88 menambah: "PAS sudah sampai ke penghujungnya apabila WhatsAppnya mendedahkan rupa sebenar parti itu yang berbau perkauman, dan ia datang dari pimpinan atas parti itu!!!"
PKR dan DAP juga marah dengan kejadian mesej bocor itu dan menyeru kepimpinan PAS mengambil tindakan tegas menangani perkara itu.
Setiausaha DAP Anthony Loke berkata cadangan PAS bergabung dengan Umno untuk membentuk kerajaan negeri Selangor ialah satu pengkhianatan terhadap Pakatan dan rakyat Selangor.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru PAS mengambil tindakan disiplin atas Zuhdi dan menyelarnya kerana bersikap perkauman.
Zuhdi sementara itu menegaskan dia tidak menyokong PAS keluar Pakatan tetapi cuma menganalisa apa yang akan berlaku sekiranya ia terjadi setelah diminta pimpinan lain untuk melakukan analisis.
Semalam pengguna Internet marahkan PAS dalam isu Khalid yang sudah dipersetujui pertukarannya oleh PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan tetapi dibantah oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 29 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/whatsapp-bocor-pas-tak-boleh-dipercayai-kata-pengguna-internet?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.hc3wIudy.dpuf

5 comments:

mohamad said...

apa yang pelik sangat. Tak kan bila bersama pakatan segala perbincangan menjadi TABOO. kau orang tau bagaimana puak puak cina MCA dan DAP bincang melalui persatuan xiau dong mereka. jangan jadi bodoh lah. mentang mentang masuk pakatan maka segala perbincangan mesti jadi rahsia. tak boleh nak bincang pasal konsikuenses yang berlaku. Apakah kamu ingat PKR tak bincang apa apa? woi..... ini politiklah. jangan terlalu naif dan bodoh. Pas boleh nak bincang apa pun dan dengan siapa pun. kenapa takut sangat? sehinggakan nak kawal orang anak beranak bercakap. itu tak boleh, ini tak boleh. sejak bila PKR nak kawal semua aktiviti PAS sehinggakan kalau mau berbincaang pun kena serah ajenda dulu pada PKR. Soal TS Khalid jadi MB untuk semua parti dalam pakatan dan BN. Apa susah sangat. Apakah kamu hendak ikut UMNO. Bila MB dari UMNO, semua ahli parti lain dinafikan hak. hoi...... cerdik lah sikit, terutama blogger blogger cap ayam ni...

Unknown said...

Asalkan Bukan Umno. Dah tawar hati dengan hadi, selalu disaat ghenting bagi lingkup perancangan, bukan sekali tetapi berkali kali, dia lebih baik diam dari bercakap disaat genting dimana jangan cakap apa yang ber provocacy; macam haritu lah disaat pengistiharan calon dan yang PKR pun satu bangang ( manakan tidak, masih ada species umno yang masik ada karat lagi )

Anonymous said...

Tahniah PAS! Anda telah berjaya memfitnah agama anda sendiri. Orang kafir akan menghina islam angkara anda. Penganut islam yg patuh akan dianggap penipu! Hipokrit! Munafik! Tahniah PAS! Tahniah!

mosabit said...

mohamad ini orang yg bijaksana bodoh sini...kah kah kah kah

Anonymous said...

War-warkan le sapa pembocor rahsia tu supaya kita tahu jantan betinanye...ajk pas tu ade berapa kerat aje....siasat aje....ade talam seribu muka ke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive