12 September 2014

Empat Sekeluarga Sertai Militan Di Syria



Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 9:34 AM

Kanak-Kanak antara mangsa kekejaman perang di negara bergolak Syria.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan sebagai penjuang militan di Syria bersama 40 rakyat Malaysia lain.

Lelaki berusia 37 tahun yang mengahwini janda berusia 47 tahun itu turut membawa bersama dua anak tirinya, iaitu anak isterinya menerusi perkahwinan terdahulu yang berusia 18 dan 14 tahun.

Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang.


Sumber berkata, keluarga berkenaan ke Syria pada November lalu, bagaimanapun tidak menetap di lokasi yang sama.

"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu.

Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang memantau rapi pergerakan keluarga terlibat bagi mengetahui bagaimana mereka boleh terpengaruh untuk ke Syria.

Dipercayai bekas suami wanita terbabit juga berperanan dalam memastikan keluarga berkenaan ke negara bergolak itu, kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, The Star melaporkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara rakyat negara ini yang menyertai IS.

Mereka termasuk bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang cedera dalam pertempuran yang meragut nyawa militan rakyat Malaysia paling muda, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 pada Selasa.

2 comments:

Anonymous said...

militan? biar betul atau mujahidin ....

Cemburu said...

semuga mereka berjuang dijalan yg benar dan meraih syahid.

militant adalah penjenayah2 ragut rompak bunuh rogol rasuah yg masih berkeliaran dgn byknya dlm negara ini.

beruntunglah mereka yg dibeli dagangan mereka oleh Allah.

biar dunia kata apa mereka suka kerana itu lumrah perjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive