01 September 2014

Isu MB: 2 Adun Pas berdepan tindakan disiplin




SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut satu kenyataan, nasib Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Negeri Selangor Kali Ke-26 tahun 2014 yang bersidang pada hari ini telah bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan  YB Saari Sungib dan YB Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Dato' Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.


"... menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat untuk mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu.

Saari Sungib dan Hasnul mengejutkan Pas apabila menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sedangkan Pas ketika itu menyokong Abdul Khalid kekal.

Sebelum ini, Pas Terengganu dan Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu mendesak agar dua Adun itu dipecat.

3 comments:

Anonymous said...

2 adun ini telah mempamirkan akhlak khianat dlm berjemaah. Samada diambil tindakan disiplin atau tidak maka itulah hakikatnya. Batang tubuh mereka sudah jadi duri dlm daging @ jemaah, dan kerja khianat mereka sudah jadi onar yg mmbusukkan daging @ jemaah. Mereka tidak akan mengakuinya sampai bila2 pun, percayalah, kerana itu adalah sikaf tipikal parasit.

Anonymous said...

Khianat kpd yg khianat adalah harus.......tuang presideng dan puok UG pong khianat........yg penting mereka berdua bukan munafik.....sudah lah Partai Paih serban besor....rakyat dah bosan dgn kamu........jemaah islang yg nak memperjuangkan melayu, lebih baik join hamno!

Anonymous said...

Woi Anonymous 8.50.Otak kamu bodoh maca peminpin kamu.Sila jawab siapa pengkianat antara 2 adun yang memberi kekutan kepada PR dengan 4 adun yang menyokong adun bebas?Sekarang terserlah bahawa kebanyakan peminpin Pas berjiwa Umno dan aku doakan semoga Pas akan mbergabung Dengan Umno demi Selangor.dan semoga Pas akan cepat hancur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive