02 September 2014

Rakyat Pulau Pinang bantah bagi elaun 'lokap' pada ahli PPS

Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk memberikan elaun RM200 sehari kepada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan lokap oleh pihak polis sejak semalam adalah tidak masuk akal dan keterlaluan.
Ia terang-terang penyalahgunaan wang awam untuk membiayai aktivis parti yang ditahan polis.
Sebagai penduduk dan pembayar cukai di Pulau Pinang saya melihat tindakan Guan Eng itu satu 'jenayah' kepada kami.
Saya berpendapat ia merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan slogan CAT yang dilaung-laungkan oleh kerajaan DAP.
Jika benar Guan Eng mahu memberikan elaun lokap kepada ahli PPS ia harus dari wang parti DAP, bukan wang kerajaan, bukan wang rakyat Pulau Pinang.
Sebagai rakyat Pulau Pinang saya menuntut Guan Eng membentangkan laporan penuh berapakah jumlah wang kerajaan yang dibelanjakan untuk PSS sejak ia ditubuhkan.
Melihat kepada jumlah ahli yang besar, uniform dan peralatan seperti cota, walkie-talkie, juga logistik, rakyat pulau Pinang curiga kerana ia memerlukan dana besar, apatah lagi ia melibatkan 30 DUN di negeri ini.
Manakala semua 30 ADUN yang menyokong tindakan ini juga telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang yang memberikan mandat mengundi mereka supaya menguruskan kewangan negeri secara berhemah.
Kenapa hanya membela kumpulan yang melanggar undang-undang yang terbukti dengan pengesahan dari pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Hari ini rakyat pulau Pinang kejutkan dengan fakta bahawa 11 dari lebih seratus yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk tiga dari mereka positif dadah.
Akhirnya, sebagai anak jati yang lahir, membesar dan bekerja di Tanjong, Pulau Pinang, saya amat kesal dengan propaganda murahan serta berat sebelah yang telah  diamalkan oleh  kerajaan DAP negeri ini.
Mereka melupakan janji kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang selepas diberikan mandat kali kedua dalam PRU13 lalu dan kini menumpukan perhatian kepada aktivis parti DAP yang bergabung dengan PPS.
Ismail Musstaffa
-Nelayan tak bersubsidi-
1/9/2014

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat Pulau Pinang manalah agaknya ko ni? PPS tu adalah sebagai penjaga tambahan keselamatan negeri dan rakyat Pulau Pinang. Kalau nak harapkan PDRM memang tak cukup tenaga. Tambah pulak PDRM sekarang hanya cenderung bekerja untuk kerajaan BN sahaja. Bukan untuk rakyat keseluruhan. Kalau nak bayar elaun RM200 atau RM300 pun apa salahnya. Kerajaan negeri mampu membayarnya. Ko sapa pulak nak menuntut macam-macam dokumen tu? Bukan duit ko sorang aje. Itu pun kalau bayar cukai. Pasal integriti penggunaan wang negeri ko tak usah sibuk macam pencacai taraf rendah. Pihak Audit Negara pun lebih tau pasal itu. Ko jangan nak menyibuk tak tentu pasal. Kalau dah dasar lalat...

Anonymous said...

ada jugak rakyat pulau pinang cam nie.. pasai pembayar cukai.. bukan duit masuk ke federal ke... bukan kerajaan negeri.. tu pon tak tau keee..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive