14 October 2014

Jangan Terpedaya Istilah Mati Syahid - Mufti


alt
KOTA BAHARU 14 Okt - Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah 'mati syahid' yang kononnya akan diperoleh jika mereka mati ketika berjuang bersama kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mereka yang menyertai kumpulan berkenaan dan meninggal dunia di Syria misalnya tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid.

"Kalau (kita) Islam lawan Islam, mana boleh kata mati syahid," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.


Beliau meminta umat Islam tidak menyertai kumpulan berkenaan kerana ia bercanggah dengan pegangan agama.

"Bukan kumpulan IS sahaja, mana-mana kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrem kita tidak boleh sertai sebab Islam tak benarkan.

"Kaedah Islam ini adalah kesederhanaan dan mengikut peraturan, kalau menyertai pertubuhan yang tidak mengikut syarak dan undang-undang, maka tidak dibenarkan," katanya.

Mohamad Shukri berkata ibu bapa dinasihatkan supaya lebih kerap memantau anak-anak mereka untuk tidak menyertai kumpulan ini.

"Minta semua ibu bapa awasi dan kita kena lihat siapa anak kita berkawan, Tidak boleh biarkan anak ikut menyertai (sesuatu) pertubuhan sesuka hati dan perlu diawasi serta dijaga lebih pada zaman sekarang," katanya.

Dalam laporan berita Bernama semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria semakin agresif.

Ayob Khan berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu dengan hanya melalui Facebook menyasarkan golongan pelajar sekolah memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi.

3 comments:

Anonymous said...

Habis tu Datuk bukan ke kalau mempertahankan nyawa org islam dr dibunuh oleh org lain samada pemerintah islam apatah lagi kafir termasuk juga sbg mati syahid??

Anonymous said...

Mufti2 la ni mana ada telor sbb tu ckp mcm sial.

Anonymous said...

anon 6:36 am, telor abah kau. dua2 ats ni ckp mcm keling. xnmpk point disitu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive