14 January 2015

Dua Remaja Larikan TV Di Siang Hari Jadi Viral di Laman Sosial

penyangak, penyamun, altantuya, mejar zaidi, sukan star tv, facebook, anwar ibrahim, taman ibrahim, umno, najib razak, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat
SUNGAI PETANI 14 Jan – Tindakan dua remaja melarikan sebuah televisyen LCD yang didakwa berlaku di Taman Delima, dekat sini menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.

Baru sahaja dua jam dimuat naik di ruangan sosial Sukan Star TV, pelayarnya sudah mencecah sehingga 62,161 orang seluruh negara selain dikongsi oleh 660 pengguna media sosial.

Video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:05 minit itu menunjukkan dua remaja didakwa sedang melarikan televisyen terbabit dengan memanjat melalui pagar sebuah rumah.

Kejadian juga menunjukkan ia berlaku siang hari sekali gus membuktikan kegiatan jenayah yang didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.

"Kita juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dalam membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Apa benda bulat yg duk atas lantai tu? Kucing kan?? Dia tolong tengok aja pencuri tu rembat tv...macam comel je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive