01 April 2015

Mamat Exist ke Penjara Bentong

01/04/2015 12:23pm


RAUB - Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat atau Mohamad Ali Kamarudin, 37, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 atau penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan memasukkan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan dua tahun lalu.
Mamat yang diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah bagaimanapun gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong.
Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff membuat keputusan itu selepas Mamat mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013. - KOSMO!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive