07 April 2015

Nahas Heli di Semenyih : Aidena Braizieva bekas pelajar Lim Kok Wing... kawan Kapten Clifford

Mangsa keenam yang selama ini diketegorikan "Tidak Diketahui" disahkan sebagai Aidena Braizieva, 25, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.
Polis pada Selasa mengesahkan wanita yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih, Sabtu lepas, merupakan kawan Kapten Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada bukti lain yang menunjukkan mangsa wanita dalam nahas itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi itu.
Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.
Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.
Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Menurut Abu Samah, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi nahas di Semenyih Selasa.-7/4/2015 - AgendaDaily

3 comments:

aku said...

Apa-apa sajalah.

Anonymous said...

Tukau2 ubinisiti
Banyak bonau duek eh
Yoyoyo eden pocayo

Anonymous said...

Satu lagi kambing hitam, pilot jadi sasaran. kesian dgn keluarga pilot tu. 1Misteri,1Malaysia. Tahniah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive