15 April 2015

Tauke Jambu ‘ajar’ penulis blog fitnah


Kuala Lumpur: Pelawak dan penyampai radio, Tauke Jambu berkata laporan polis dan tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap tiga penulis blog kerana memfitnahnya bertujuan mengajar atas sikap tidak bertanggungjawab mereka.
Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, tindakan itu wajar kerana sikap melampau dan tidak beretika penulis blog terbabit yang mengaitkannya dengan isu ‘pelawak kasanova’ yang kecoh diperkatakan kebelakangan ini.
“Saya ambil tindakan bagi mengajar golongan tidak beretika ini. Mereka hanya tahu mengaut keuntungan untuk kepentingan sendiri tapi memberikan impak buruk kepada saya.
“Saya bersabar selama ini dan semakin dibiarkan semakin melampau nampaknya. Saya mahu tindakan ini menjadi amaran dan pengajaran kepada mereka dan blog lain yang tidak mengikut etika yang betul apabila melaporkan sesuatu cerita berkaitan artis,” katanya.
Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, dekat sini, jam 10 malam Isnin terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan gosip ‘pelawak kasanova’.
Terdahulu, Tauke memberi penjelasan kepada media dia bukan pelawak yang dikatakan mempermainkan beberapa gadis dengan menghantar mesej berbaur lucah.
Katanya, tindakan tegas itu didorong keadaan negatif yang menjejaskan kelancaran kerjayanya berikutan fitnah berkenaan.
“Bayangkan, gara-gara laporan yang mendakwa saya bersikap begitu beberapa tawaran kerja dibatalkan penganjur pada saat-saat akhir.
“Sebelum keadaan jadi semakin melarat dan memburukkan reputasi saya, lebih baik bertindak segera untuk membersihkan nama,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis masih menyiasat dan dia perlu berbincang dengan Astro berhubung tindakan terbaik untuk terhadap penulis blog terbabit.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....



----------------------------------------------------------------
BN CEMAS - DAP Akan Menang Besar Di Sarawak & U-Turn!
----------------------------------------------------------------

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




----------------------------------------------------------------
Macai BN BODOH - Tak Ikhlas Terima HUDUD Tp Persoal Cina Tolak
----------------------------------------------------------------

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive