Showing posts with label INDIA.. Show all posts
Showing posts with label INDIA.. Show all posts

16 July 2014

Hahaha... Lelaki India 'Junjung' Motosikal Sambil Panjat Tangga




Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 11:02 AM
MENGIMBANGI sebarang objek di kepala anda bukanlah satu tugas yang mudah.

Apabila sebuah motosikal diletakkan di atas kepala dan anda berjaya memanjat tangga, ia bermakna anda telah memasuki alam yang luarbiasa.

Tetapi rakaman menakjubkan ini menunjukkan seorang lelaki India mampu membuktikan perkara tersebut bukanlah mustahil.

Paparan kekuatan dan penyeimbangan luar biasa itu perlu dilihat sendiri untuk dipercayai.

Hanya empat lelaki diperlukan untuk mengangkat motosikal dan meletakkannya di kepala lelaki luar biasa itu sebelum dia bertindak memanjat tangga yang disandarkan pada sebuah bas.

Menarik perhatian apabila motosikal itu tidak bergoyang, malah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk jatuh ketika ia 'diangkut' dengan kepala untuk diletakkan di atas bas.

16 November 2013

Punya 12 jari, mampu menaip 100 perkataan seminit

  • Jurutaip 12 jariVijay Singh menunjukkan enam jari tangan dan kaki (gambar kecil) dan berhasrat ke Britain untuk mencari pekerjaan.
 1 / 1 
JURUTAIP warga India mampu menaip 100 patah perkataan seminit dengan menggunakan 12 jarinya.
Vijay Singh, 48, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India.

“Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal,” katanya dipetik DilyMail

Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan.

Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang  tetapi tidak mempunyai sendi.

Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat.- sinar harian

19 December 2012

Pergaduhan di Sg Petani - Puncanya kes curi motor

Kuala Lumpur - by @tiewnama
pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger
umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat 
yang sebenarnya adalah kes curi motor.

persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu 
yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah 
yang di curi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive