Showing posts with label KENYATAAN MEDIA. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN MEDIA. Show all posts

29 December 2013

che’GuBard kepada Amar Singh - Minta Maaf atau saman RM100 juta

KENYATAAN MEDIA

 29 Disember 2013

Simpati PDRM diperalat regim. Amar Sigh, minta maaf atau disaman RM100juta



1.       Dengan ini saya merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan Timbalan Ketua Polis K.Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan saya dan Solidariti Anak Muda  Malaysia (SAMM) dengan tuduhan menganjurkan himpunan untuk mengulingkan kerajaan  pada 31 Disember nanti.Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu konon wujud perancangan mengebom dan sebagainya.



2.       Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Ini berkait rapat dengan kegagalan regim  pemerintah selama ini dengan memungkiri janji janji pilihanraya yang belum setahun berlalu. Di masa pilihanraya Bn telah berjanji untuk menurunkan tol dan perbagai lagi usaha pengurangan kos hidup. Tetapi akhirnya mereka sendiri menipu, bukan sahaja gagal mengawal kos hidup tetapi mereka sendiri mengumumkan kenaikan berantai bermacam macam lagi keperluan asas yang lain seperti minyak ,elektrik, gula dan lain lain lagi. Sedar dengan kegagalan dan penipuan regim ini maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes terhadap kenaikkan kos sara hidup.  Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah dalam media baru seperti Facebook.



Ekoran itu beberapa ngo seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi  dan seumpamanya, malah satu seketeriat  ditubuhkan bukan sebagai penganjur tetapi penyelengara untuk melicinkan perbagai urusan.



3.       Namun regim yang sentiasa menganggap kebangkitan kesedaran dan kecerdikan rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikkan kos sara hidup sebagai himpunan menggulingkan kerajaan.

01 January 2012

Insiden UPSI : Tindakan bersifat 'negara polis' - Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA
1 Januari 2012
Untuk Sebaran Segera

Tuntutan Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS bagi memansuhkan AUKU adalah suatu usaha berterusan golongan Mahasiswa untuk menuntut hak dan kebebasan buat seluruh mahasiswa di Malaysia.

BEBAS bersama SMM terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan Kebangkitan Mahasiswa terus dicerna dalam Himpunan diluar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru 2012.

Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi BEBAS, Sdr Safwan Anang cedera dan kini berada di Hospital Tanjung Malim, Perak.


04 July 2011

Beranikah Hishamuddin HARAMKAN Perkasa?

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4hb Julai 2011:

Adakah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa?

Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa sebagaimana beliau telah mengharamkan Bersih atau menangkap Senator UMNO, Ezam Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Orninan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan 'double-standard' atau pilih kasih?

DAP mempersoal desakan Hishammuddin bahawa pihak berkuasa akan bertindak adil dalam menghentikan semua perhimpunan walaupun hanya mengaharamkan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih, apabila tiada tindakan diambil terhadap UMNO dan Perkasa yang menganjurkan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Mengapakah Hishammuddin tidak menahan Ezam di bawah Ordinan Darurat atas ancaman beliau bahawa tidak perlu tunggu pilihanraya umum dan beliau mahu mengadakan lebih banyak bantahan bagi memaksa saya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri?

16 May 2011

PDRM alat Umno

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR
16 MEI 2011
UNTUK EDARAN SEGERA

KEADILAN Selangor kesal dengan tindakan Polis DiRaja (PDRM)Malaysia, Sepang yang menghalang majlis penerangan ‘JELAS- Tawan Malaysia!’ malam ini di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat. Tindakan in adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Sebelum ini ‘JELAS- Tawan Malaysia!’ sudah diadakan di 5 kawasan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) yang melibatkan penganjuran 12 siri penerangan dimana semua IPD berkaitan memberikan kerjasama amat baik, tetapi di IPD Sepang keadaannya cukup berbeza.

07 May 2011

Kenyataan Media bersama Anwar Ibrahim, Tn Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

By Anwar Ibrahim

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

29 April 2011

Kenyataan Media YB Nik Nazmi - Video Seks: Umno - BN cuba alihkan pandangan

29 Apr 2011 |

Sejak ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam video tersebut.

Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional.

Kebusukan niat Dato’ T yang didokong oleh UMNO sudah ketara. Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang. Keluarga Datuk Seri Anwar, khususnya Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar.

17 April 2011

Kenyataan Media DSAI

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim
By Anwar Ibrahim

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.
ANWAR IBRAHIIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive