16 May 2011

PDRM alat Umno

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR
16 MEI 2011
UNTUK EDARAN SEGERA

KEADILAN Selangor kesal dengan tindakan Polis DiRaja (PDRM)Malaysia, Sepang yang menghalang majlis penerangan ‘JELAS- Tawan Malaysia!’ malam ini di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat. Tindakan in adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Sebelum ini ‘JELAS- Tawan Malaysia!’ sudah diadakan di 5 kawasan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) yang melibatkan penganjuran 12 siri penerangan dimana semua IPD berkaitan memberikan kerjasama amat baik, tetapi di IPD Sepang keadaannya cukup berbeza.

KEADILAN Selangor amat kesal dengan kesombongan Timbalan dan Ketua Polis Daerah Sepang yang memberikan alasan tidak munasabah dalam meluluskan permit. Sejak bila jumlah kehadiran orang ramai, saiz dewan ceramah dan mengeluarkan nama Dato Sri Anwar Ibrahaim menjadi syarat utama untuk meluluskan permit? Paling mendukacitakan adalah polis menghadkan kehadiran orang ramai hanya sekitar 400 orang.

KEADILAN Selangor mendesak Ketua Polis Negeri Selangor dan Ketua Polis Negara agar bertindak segera membetulkan keadaan ini sebelum terlambat. Tindakan menghalang ceramah ini merudumkan lagi pandangan masyarakat kepada polis selain menipiskan terus kepercayaan seluruh masyarakat dunia dalam demokrasi di Malaysia. Tambah memalukan adanya kaitan kes pembunuhan seorang budak lelaki berusia 17 yang di tembak polis 2 hari lepas.

KEADILAN Selangor nekad meneruskan program ini di dewan lain selepas dewan yang dicadangkan sedari awal disita dengan pita halangan oleh polis sejak semalam lagi. Tinjauan KEADILAN Selangor menunjukkan pihak polis sudah menempatkan anggota dan trak Pasukan Gerakan Am bagi menghalang program ini.

Jesteru semua rakan media dan pelbagai pihak dialu alukan hadir ke tempat baru yang di tukar ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi. KEADILAN Selangor mempunyai tanggungjawap bagi menerangkan perkara ini kepada seluruh rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, YB Azmin Ali mengesahkan akan hadir bersama malam ini selain pimpinan kerajaan negeri. Perpindahan ini tidak memerlukan permit kerana ia di buat di dalam dewan yang tertutup.

KEADILAN Selangor ingin mengingatkan, tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, bukannya menjadi khadam boneka mana mana pihak. Jika program di tempat baru ini juga di halang, jelas bahawa polis hari ini sudah menjadi alat suruhan UMNO / BN. Apa yang boleh di buat rakyat adalah mengantikan kerajaan pusat hari ini dengan kerajaan baru bernama, Pakatan Rakyat!

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive