Showing posts with label calon pakatan. Show all posts
Showing posts with label calon pakatan. Show all posts

19 April 2013

PRU 13 : Dayangku Intan calon PKR lawan Azalina di Parlimen Pengerang



PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang setelah menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya. - SH

PRU 13 : Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh



 


(Oleh Aisha Geoffrey)
SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.
Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.
Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.
Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.

14 April 2013

Bekas Timbalan SUK Kedah calon PKR Parlimen Langkawi


LANGKAWI: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.
Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, 50.


Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DUN pada PRU 2008.

12 April 2013

Senarai calon KEADILAN disahkan bertanding PRU 13 (kemas kini)



KUALA LUMPUR 12 APRIL: Berikut adalah calon-calon KEADILAN yang setakat ini disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
keadilanPengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menampilkan campuran muka lama dan baru.
Senarai ini akan dikemaskini setiap kali pengumuman dibuat dari semasa ke semasa.
Senarai penuh calon dijangka selesai menjelang hari penamaan pada 20 April.
KLIK SINI untuk mengenali calon-calon terlibat.

11 April 2013

PRU 13 : Aishah [calon PAS Parlimen Jempol N9] berharap dapat masuk Parlimen

  
Thursday, 11 April 2013 09:24

..
Kalau sebelum ni kita ada Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yang pernah mewakili para penggiat seni tanah air, tampil di Parlimen. Selepas diumumkan sebagai salah seorang calon pilihan raya bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, penyanyi Aishah berharap beliau dapat menjadi suara bagi golongan artis di peringkat yang lebih tinggi. Sekaligus mengikut jejak langkah tokoh tersohor itu.
  
Memetik laporan mStar Online, Aishah menganggap pemilihan ini merupakan perspektif baru dalam perjuangannya sebagai anak seni serta amanah besar yang terpaksa dipikul. 
"Alhamdulillah satu amanah besar dari PAS Pusat untuk saya dan pengiktirafan kepada golongan artis.
"Saya menerima tawaran bertanding dengan harapan agar dapat sedikit sebanyak menjadi 'suara' bagi golongan artis," ujarnya.
Aishah menyertai PAS pada Mei tahun lalu dan mempunyai kelulusan dalam bidang sains politik daripada sebuah universiti di New Zealand.

09 April 2013

TERKINI - Senarai calon-calon Parlimen Pakatan Rakyat [setakat 1.00 pagi 9/4/13]


(PAS Dijangka Bertanding 76 Dewan Rakyat Dan 237 Dewan Negeri, DAP Dijangka Bertanding 50 Dewan Rakyat, KEADILAN Dan APS Dijangka Bertanding 96 Dewan Rakyat)

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

PAS – 3 KEADILAN -

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

akhirnya ... Chua Jui Meng akan bertanding di parlimen Segamat




cjmTANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor
Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.
Hasan KarimPengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.
Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.
Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang
Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang
Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.
Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN. (SDQ)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49667

08 April 2013

PRU 13 : Saifuddin Nasution - Parlimen Kulim - Bandar Baru, N. Surendren - Parlimen Padang Serai


MERBOK: PKR vice-president N. Surendran will contest in the Padang Serai parliamentary seat while party secretary-general, incumbent Machang MP Saifuddin Nasution, will contest in the Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat in GE13, PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim has revealed.
Meanwhile, incumbent Merbok MP Datuk Rashid Din will be replaced by a female candidate - Sungai Petani Wanita PKR chief Nurin Aina Azrina Abdullah, who is also a Sungai Petani Municipal Council councillor.
The 38-year-old former engineer is a first-time candidate for the polls.

Incumbent Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul will contest in the same parliamentary seat again.

27 April 2010

ADUN Bukit Assek calon Pakatan di Sibu



KUALA LUMPUR, 27 April — DAP menamakan ketua parti itu di Sarawak, Wong Ho Leng sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ADUN Bukit Assek itu akan bertanding semula di kubu kuat Barisan Nasional (BN) tersebut.

Sibu merupakan pilihan raya kecil ke-11 sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew awal bulan ini.

Lim mengumumkan bakal calonnya itu pada satu majlis makan malam di Sibu yang dihadiri pemimpin-pemimpin komponen PR.

Komponen PR diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zainal Abidin dan Johnny Wong dari SNAP yang menganggotai PR.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis makan malam kutipan sumbangan derma parti. Turut hadir pemimpin-pemimpin masyarakat Iban.

Wong, 50, merupakan seorang peguam yang menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup pada April 1986 di mana beliau buat pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Miri tetapi tewas kepada Datuk Peter Chin Fah Kui.

Pada tahun berikutnya beliau tewas dalam pilihan raya negeri di tangan Timbalan Ketua Menteri Dr George Chan.

Wong buat kali pertama bertanding di Sibu pada pilihan raya umum 1995 dan kemudian pada 2004 tetapi tewas tiga kali kepada Lau.

Beliau merupakan ketua DAP Sarawak sejak 2001 dan naib pengerusi sejak 2008 - TMI

15 April 2010

PRK Hulu Selangor: Apakah ini lambang "taubat" PKR?


Apakah ini lambang "taubat" PKR yang ingin dipotretkan kepada rakyat, setelah diuji teruk dengan isu kebolehpercayaan, pengkhianatan dan pembelotan? Zaid Ibrahim bukan kawan Anwar 30 tahun, Zaid Ibrahim bukan mentee politik Anwar, Zaid Ibrahim memang manusia kontroversi, tetapi kontroversinya kerana prinsip, kontroversinya kerana pendirian, yang tidak pernah dijual-belinya dengan harta mahupun kuasa. Senang cakap, Zaid Ibrahim ini boleh percaya! Sekurang-kurangnya beliau telah terbukti lebih berprinsip berbanding Zulkifli Noordin yang ada latar belakang PAS atau Mohsin yang tidak pernah lekang kopiah.

Saya pun pernah berjumpa dengan Zaid Ibrahim pada satu ketika, beliau nyata seorang yang humble. [seterusnya]

14 April 2010

Zaid, ahli politik 110%


Oleh G. Manimaran dan Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 14 April — Dengan menolak andaian beliau bukan “anak tempatan”, Datuk Zaid Ibrahim yang malam tadi diumumkan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi Hulu Selangor memberi jaminan kepada 64,000 pengundi bahawa mereka boleh mengharapkan “wakil rakyat yang baik” jika diberi mandat.

“Itu boleh diharapkan. Wakil rakyat yang cuba selesai masalah dia, wakil yang boleh bersuara bagi pihak dia (pengundi Hulu Selangor),” kata Zaid, bekas anggota Kabinet, malah tidak asing dalam arena politik negara ini.

Serangan pertama dituju ke arah beliau sebaik sahaja diumumkan sebagai calon adalah “Zaid bukan merupakan anak tempatan.”

Sehubungan itu tegas Zaid, soal anak tempatan atau pun tidak, ia bukan isunya dalam pilihan raya khususnya di Hulu Selangor.

Jelas Zaid, anak negeri Kelantan dan pernah bertanding di Kota Baru pada 2002, apa yang penting ialah sama ada wakil rakyat boleh memberi khidmat untuk memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah pengundi.

“Ia (Hulu Selangor) hanya setengah jam perjalanan (dari ibu negara). Apa bezanya saya dengan orang yang tinggal di Rawang.

“Jadi dari segi fizikal, dari segi geografi, apakah saya orang luar? Orang luar dari mana? Saya orang Selangor. Tapi orang di Hulu Selangor pun tak duduk di situ pun. Ramai cari pekerjaan,” katanya.

“Itu bukan soalan dia. Soalan dia, apakah awak faham masalah Hulu Selangor dan macam mana hendak selasaikan masalah itu. Siapa yang lebih mampu menyelesaikan masalah... itu isunya, bukan di mana dia lahir. Kalau dilahir di Hulu Selangor pun, kalau dia tak faham, dia tak tahu, dia malas, apa gunanya?” katanya.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider semalam, jelas Zaid, debat mengenai “budak tempatan” atau “orang muda” tidak perlu dijadikan isu pilihan raya kecil di sini.

Sehubungan itu menurut Zaid, atas kapasiti sebagai ahli politik sepenuh masa beliau meluangkan masa yang secukupnya untuk kepentingan masyarakat Hulu Selangor.

“Banyak masa akan saya luangkan sebab saya tiada apa-apa kerja lain untuk dilakukan.
“Saya tidak terlibat dalam bisnes saya, saya tiada kerja. Tiada sebab mengapa... saya tiada kerja sepenuh masa, saya bukan pengarah syarikat besar. Saya ada banyak masa.

“Saya ahli politik seratus peratus, 110 peratus. Jadi saya tidak... jadi saya fikir saya boleh sangat berfokus. Sebagaimana saya mengatakan, saya boleh... tiada masalah. Hulu Selangor sangat dekat, saya boleh pergi bila-bila masa,” kata beliau.

Berkelulusan undang-undang, Zaid, 59, diumumkan dengan rasmi sebagai calon PR-PKR bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sambil merujuk kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikenali sebagai “Che Lah” dari Tumpat pada 1960-an, Zaid memberitahu, beliau mahu berperanan sebagai seorang “Ahli Parlimen yang prihatin.”

Katanya, wakil rakyat itu popular kerana khidmat yang diberikan kepada masyarakat sehingga walaupun enggan bertanding pengundi mendesaknya bertanding.

“Bagi saya itu model contoh. Saya tidak berminat dengan glamor-glamor... tak payah.

“Saya mahu rakyat mengingati saya sebagai ahli politik penyayang... rakyat mengingati saya, saya tidak kisah jika yang lain tidak suka saya,” kata beliau sambil menambah aspek geografi tidak menjadi satu masalah untuk mendampingi rakyat jikan diberikan mandat pada 25 April ini,

“Saya akan memiliki pejabat (kekal) saya di Huli Selangor,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini. [seterusnya]

11 April 2010

PKR may field Zahid for Hulu Selangor vote


SHAH ALAM, April 11 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) is “most likely” to field supreme council member Datuk Zaid Ibrahim in the April 25 Hulu Selangor parliamentary by-election if the Barisan Nasional (BN) names MIC deputy president Datuk G. Palanivel as its candidate, according to party insiders.
They said PKR may change its candidate at the 11th hour if the BN decides not to field Palanivel. “As for now, what I heard is that Zaid Ibrahim still tops the list of being the best PKR candidate for the by-election.
Zaid still carries ‘national weight’ despite being an outsider, and is seen by PKR as the best candidate to challenge the BN. “However, there could be a change (in the candidate) if the BN decides not to field Palanivel,” one party insider told Bernama.
He felt that Zaid and Palanivel would be the ideal candidates as both had served the federal government administration. Zaid, who was expelled from Umno in December 2008, was a minister in the Prime Minister’s Department in charge of legal affairs and judicial reform while Palanivel was the deputy minister of Women, Family and Community Development.
“It would be only appropriate if a Datuk fights a Datuk, a heavyweight fights a heavyweight,” the insider said.
Another insider said fielding Zaid will be favourable to PKR in light of the constituency’s recent voting pattern. “Zaid is a recognisable face. Everyone knows him and he is quite popular with the non-Malays as well.
Furthermore, Zaid is seen as a principled politician, since he was willing to resign as a minister. People respect him for this,” he said.

09 April 2010

PRK HULU SELANGOR: Datuk Zaid belum buat keputusan

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang disebut-sebut sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini belum membuat keputusan untuk menerima tawaran atau tidak jika dicalonkan.

Beliau menegaskan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan jika namanya dicalonkan.

"Tengok dulu, saya fikir dulu," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Menurut Zaid, beliau tidak tahu mengenai namanya disenarai pendek oleh PKR untuk dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

"Tidak, saya tidak dicalonkan. Malah saya tidak tahu mengenai perkara ini," katanya.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pemerhati politik sebagai calon yang paling sesuai untuk mewakili kawasan tersebut kerana pemilihannya dilihat akan menyelesaikan 'banyak masalah' dalam PKR.

Namun Zaid yang mempunyai begitu ramai rakan dari kalangan peguam dan juga usahawan Cina mungkin menjadi satu aset kepada PR untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 16,900 orang atau mewakili 26.3% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 64,500 orang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. - mStar

06 October 2009

Zulkifli Mohamad Omar yang saya kenal : nizar news

oleh : Mujahid Yusof Rawa

OKT 6 — Kali ini saya berada di Bagan Pinang untuk turut serta berkempen bagi memenangkan calon PAS Sdr Zulkifli Mohd Bin Omar.

Saya memilih untuk menulis tentang calon PAS di N31 kerana beberapa sebab, pertama saya mengenali beliau selaku rakan seperjuangan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat, kedua kerana saya sering bertandang ke Negeri Sembilan semasa terlibat dengan PAS Melaka dan banyak mengadakan program khususnya ketika peringkat awal penubuhan Kelab Penyokong PAS di Seremban.

Ketiga, saya mahu mengalih tajuk 2 siri tentang Islamic State Revised and Revisited untuk menulis sesuatu yang ringan dan bersantai kali ini.

Adapun tentang calon BN, iaitu Tan Sri Isa Samad, memang saya mengenali beliau selaku seorang Menteri Kabinet dan Mentri Besar Negeri Sembilan satu ketika dahulu. Saya juga mengenali beliau sebagai seorang calon Naib Presiden Umno yang menang dan dibatalkan kemenangannya kerana kes politik wang.

Tan Sri Isa menjadi terkenal atas sebab yang salah dan menerima hukuman 3 tahun digantung dari Umno dan hanya baru-baru ini iddah 3 tahun itu berakhir dan kini dia kembali. Memanglah sesuatu yang biasa seseorang itu kembali ke pangkuan partinya setelah dihukum dan ia menunjukkan keikhlasan seorang aktivis tetapi agak mengejutkan apabila kembalinya ia bukan sebagai aktivis biasa lagi tetapi sebagai calon pilihanraya kecil!

Sukar untuk memahami budaya Umno, walaupun dipalit dengan rasuah dalam partinya beliau tetap menjadi calon pilihan untuk diundi oleh rakyat! apakah seolah Umno sudah ketandusan calon yang bersih? Saya setuju bahawa Tan Sri Isa telah menerima hukumannya dan soal dia bertaubat atau tidak bukan masalah manusia untuk menentukannya, tetapi kesalahan rasuah dalam parti sepatutnya diberi ketegasan.

Jikalau calon yang rasuah dalam pemilihan partinya masih boleh diberi peluang menjadi calon pilihanraya yang akan dipilih oleh rakyat, saya tidak boleh bayangkan di mana maruah parti itu? Tetapi saya tidak heran, itulah “Satu Malaysia” yang gah slogannya itu tetapi hampeh gara-gara pencalonan Isa Samad!

Berbalik kepada calon PAS, sdr Zulkefli Mohd Bin Omar, dia seorang anak muda berumur 45 tahun yang agak meyakinkan latarbelakang pendidikannya dan teruji ketahanannya dalam perjuangan parti PAS dan dikenali kerana menjadi wira bagi penduduk Broga dalam kempen “no Incinerator”

Saya bukan setakat mengenali beliau tetapi turut sama dalam aktiviti yang dipimpin sendiri oleh beliau termasuklah program menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam dan pertemuan dengan masyarakat bukan Islam dalam dialog-dialog yang diadakan.

Saya tertarik dengan kemesraan beliau yang mudah bergaul dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sdr Zulkefli Mohd Bin Omar juga dikenali dalam masyarakat kerana semasa beliau menjadi Pesuruhjaya PAS NS sejak 2007 hingga kini banyak program kebajikan telah dijalankan khusus dalam membela kelompok masyarakat miskin di Negeri Sembilan, saya tahu kerana turut terlibat sebagai perasmi program yang dijalankan.

Dalam konteks isu masyarakat Madani, beliau memimpin jawatankuasa penduduk Broga memprotes pembinaan Incinerator yang akhirnya penduduk memenangi kes itu dan telah dibatalkan projek itu kerana kesan radioaktif yang memudaratkan kesihatan penduduk.

Ramai yang tidak mengetahui aktiviti sebegini melambangkan ciri-ciri masyarakat yang maju dan melambangkan kuasa masyarakat madani bagi mengimbangi kerakusan pihak berkuasa yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

Bagi saya apa yang diperjuangkan oleh sdr Zulkifli dan kejayaan beliau memimpin masyarakat berbilang kaum bagi menterjemahkan lambang masyarakat yang maju dan bertamadun sepatutnya meletakkan beliau sebagai orang yang paling layak mewakili pengundi di Bagan Pinang. Inilah calon yang berwibawa ditonjolkan oleh PAS, bukan sdr Zulkifli sahaja, ramai lagi yang seumpama sdr Zulkifli dari sumber manusia PAS yang mampu membawa pengundi di Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Sdr Zulkifli juga sebagai seorang sahabat adalah seorang yang setia dengan persahabatan, beliau juga seorang bapa dan suami yang baik, anak-anak beliau begitu mesra dengan beliau dan kami sering bertemu dalam program bersantai bersama keluarga pimpinan PAS.

Saya pernah sekali bertandang ke rumah beliau dan bermalam di sana dan layanan sebagai tetamu di rumah beliau cukup memuaskan. Paginya dia membawa saya di belakang rumahnya yang luas untuk menunjukkan pokok gaharu dan beliau begitu ghairah menceritakan pengalamannya sebagai pengusaha pokok gaharu.

Satu lagi keistimewaan sdr Zulkifli ialah ketahanan diri untuk terlibat sepenuh masa dalam politik walaupun dengan kengkangan kewangan dan menyara keluarga 6 orang anak.

Bagi saya ini adalah juga satu bentuk ketahanan kerana untuk berpolitik selain dari seni-seni politik yang kita harus mahir, kita juga dituntut untuk mempunyai ketahanan diri yang tinggi khususnya terpaksa melalui tekanan-tekanan kehidupan. Saya kira sdr Zulkifli telah melalui proses itu dan sebagai persediaan diri seorang ahli politik, tidak syak lagi beliau layak diberi kemenangan oleh pengundi di N31.

Itulah Zulkefli Mohamad Bin Omar yang saya kenali, saya tidak perlu memperkenalkan calon BN, Tan Sri Isa Samad kerana seluruh negara telah mengenali beliau. Saya kurang pasti apakah beliau lebih terkenal kerana kes politik wangnya yang membawa kepada hukuman gantung 3 tahun, ataukah beliau lebih terkenal kerana jawatannya selaku Menteri Besar dan Menteri Kabinet satu ketika dahulu.

Apakah pengundi di N31 mahu calon seperti Tan Sri Isa ataukah calon seperti Zulkefli Mohamad Bin Omar untuk membawa Malaysia kearah politik yang lebih bermoral dan berwajah baru?

Saya tidak mempunyai jawapannya kerana kuasa berada di tangan pengundi, jika menang Tan Sri Isa itu tandanya pengundi tidak ada masalah dengan calon politik wang dan menolak calon yang berwibawa, jika menang Sdr Zulkefli Mohamad Bin Omar, itu tandanya pengundi berani membuat perubahan dan menolak calon rasuah.

Yang akhir itu menjadi berita baik kepada PRU ke 13 nanti, jika sebelumnya, PAS dan PR mesti bekerja lebih keras dalam meledakkan arus transformasi di Malaysia. Selamat Mengundi di N31! - The Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive