KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.
Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.