15 August 2011

Najib umum tubuh jawatankuasa meneliti sistem pilihanraya

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Jawatankuasa pemilih Parlimen akan dibentuk dalam waktu terdekat dan ia akan terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang,” kata Najib.

“Jawatankuasa ini akan membincangkan kesemua persoalan dan isu mengenai pembaharuan agar kata sepakat bersama dapat dicapai,” kata Najib.

Jawatankuasa itu, menurut Perdana Menteri, akan memastikan tiada dakwaan manipulasi sistem pilihan raya.

“Saya bersama Kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul,” kata Najib - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive