Showing posts with label penarik beca. Show all posts
Showing posts with label penarik beca. Show all posts

08 August 2008

Blogger Penarik Beca dibebaskan sebentar tadi

Harakahdaily Fri Aug 08, 08 6:25:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya. ... seterusnya

Sumber: harakahdaily

07 August 2008

Penulis blog (Penarik Beca) ditahan berhubung artikel berkaitan polis


KUALA LUMPUR: Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, 50, ditahan polis malam tadi berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Superintendan Victor Sanjos, berkata Abu Bakar ditahan jam 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948.
Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan “Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina,” kata Sanjos di sini hari ini.

Sanjos berkata polis turut merampas satu unit komputer riba untuk siasatan lanjut. "Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan esok," katanya. — Bernama

BAKAR @ PENARIK BECA DITAHAN POLIS

Thursday, August 7, 2008

Blogger yang menggendalikan blog ~penarik beca, ditahan polis malam tadi.
Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya.

Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive