Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts

10 October 2012

Imam baling kasut - Imam Hoslan akan dibebas esok



KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka akan dibebaskan tengah hari esok.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar.

12 August 2009

PRK Pmtg Pasir - Ramizu akan bertanding

PULAU PINANG, 11 Ogos (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas.

Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos.

Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini."Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu.
"Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai."Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 31 Julai akibat sakit jantung.-- BERNAMA

28 July 2009

Apakah UMNO Najib Altantuya akan tergoda buat kali kedua

Melepaskan Ibrahim Ali tersepit’

Oleh Zukri Aksah

BERA, Julai 27 — "Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.

Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit." - TMI

23 February 2009

DAP Sokong TGNA: Ibrahim Ali Patut Letak Jawatan - malaysiakini

KOTA BAHARU: DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding. -- BERNAMA

13 September 2008

Wartawan Sin Chew Daily dibebaskan

(Dikemas kini, 5.00 petang)

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam.

Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang.

Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Terdahulu sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara.

"Polis akan bertindak berdasarkan situasi semasa sama ada situasi berada dalam kedaaan baik ataupun tidak. Jika situasi OK, maka tiada sebab untuk menahan (lebih ramai lagi)," kata Syed Hamid.

- mStar Online

08 August 2008

Blogger Penarik Beca dibebaskan sebentar tadi

Harakahdaily Fri Aug 08, 08 6:25:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya. ... seterusnya

Sumber: harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive