(Dikemas kini, 5.00 petang)Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam.
Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang.
Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.
Terdahulu sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara.
"Polis akan bertindak berdasarkan situasi semasa sama ada situasi berada dalam kedaaan baik ataupun tidak. Jika situasi OK, maka tiada sebab untuk menahan (lebih ramai lagi)," kata Syed Hamid.
- mStar Online
No comments:
Post a Comment