13 September 2008

SAPP mungkin keluar BN 17 Sept

Tony Thien Sep 13, 08 3:54pm

Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) akan bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan status parti itu dalam Barisan Nasional.Ketika mengesahkannya, Setiausaha Agung SAPP, Richard Yong memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua 35 ahli MT dijangka hadir dan membuat keputusan mengenai keahlian parti itu dalam BN.

Menurut Yong (foto), yang merupakan orang kanan presiden SAPP yang juga bekas ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, parti tersebut tidak dijemput menghadiri mesyuarat dewan tertinggi BN sebanyak enam kali dalam bulan-bulan kebelakangan ini.

“Jika tiada keputusan dibuat (oleh dewan tertinggi BN), maka kita akan membuat keputusan sendiri," katanya, merujuk kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh BN kepada SAPP selepas parti itu berhasrat mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

BN tidak membincangkan isu membabitkan SAPP selepas menghantar surat tunjuk sebab tersebut. ... seterusnya DISINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive