Showing posts with label suspek utama. Show all posts
Showing posts with label suspek utama. Show all posts

30 October 2010

Pembununhan Sosilawati : Suspek utama disaman RM40 juta oleh keluarga Sosilawati

'Kami bukan tamakkan duit'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syah Rul Aswari Abdullah

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.

“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.



“Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.

Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati

15 October 2010

Kes Sosilawati : Suspek utama dan 3 lagi dipindah ke penjara Sg Buluh


KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.

Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.

Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.

Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya - Kosmo

09 October 2010

Kes Sosilawati : Hubungan Suspek Utama dengan seorang ADUN akan didedah

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ahli Parlimen S Manikavasagam berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.

"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.

Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.- TVS

23 September 2010

Kes Sosilawati : Suspek Utama Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan Esok

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah.

"Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis.

"Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu.

Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting.

Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut - TVS

20 September 2010

Kes Sosilawati : Suspek utama lantik peguam

Lawyer brothers appoint counsel to represent them
Monday, September 20th, 2010

KUALA LUMPUR: Two lawyer brothers, under police custody to facilitate investigations into the murder of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three other people, have appointed a lawyer to represent them.

Ravi Nekoo, from Hakemarabi & Associates, said in a press statement today that family members of the lawyers had appointed him on Sept 12.

"We have since formed a defence team," said the criminal-cum-civil lawyer who has been practising for the past 15 years.

The lawyer brothers and six others have been remanded until Friday.

Sosilawati, 47, her driver, Kamaruddin Shamsuddin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, went missing on Aug 30, after they went to Banting, Selangor over a land deal.

Police found that the four were killed, their bodies burnt and the ashes strewn in rivers near Ladang Gadong, Tanjung Sepat near Banting.

Nekoo said, by way of a letter dated Sept 14, the legal firm had notified city Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah on their appointment and requested that defence counsel be given access to their clients.

"As there is every likelihood that these arrested persons would be charged in court soon, it is necessary for the suspects to be allowed access to the defence team immediately.

"We urge the IGP (inspector-general of police) to immediately allow the defence team access to our clients," he said

19 September 2010

Suspek Utama kes Sosilawati simpan 2 wanita asing tanpa dokumen perjalanan sah


KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.

Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.

Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.

"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. - Kosmo

18 September 2010

Sah, suspsek utama pembunuhan Sosilawati tak pernah dikurnia Datuk - Polis


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.

Katanya, kejadian itu berdasarkan pengakuan suspek selepas soal siasat sebaik semua lapan suspek yang terbabit kes berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga mengesahkan, setakat ini hanya lapan suspek ditahan dan polis meneliti sekiranya masih ada mereka yang terbabit kes itu.

“Berdasarkan siasatan, enam suspek yang ditahan selain suspek utama iaitu peguam dan adiknya adalah pekerja suspek utama dan mereka disifatkan sebagai taksub dengan ketuanya, malah ada yang bekerja selama 15 tahun dengan suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan. Bagaimanapun, jumlahnya akan diumumkan kemudian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini, semalam.

Beliau turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan spekulasi yang boleh menggugat keadilan. - myMetro

Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati : Lagi lelaki tempatan ditahan


Kawasan yang dipercayai lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini. Allahyarham Sosilawati, 47, bersama peguamnya Ahmad Kamil Abd Karim, pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad dipercayai dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dicampak ke dalam sungai. Mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lepas. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Wilayah, Selayang dekat sini pada Jumaat bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan rakyat India di Banting tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di taman terbabit petang ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira pukul 8.20 malam.

"Kami percaya dia boleh membantu kami dalam siasatan kes itu," katanya menerusi laman web sosial di sini malam ini.

Beliau, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Khalid dilaporkan berkata terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - BERNAMA

16 September 2010

Kes Sosilawati : Suspek utama dikaitkan dengan 9 lagi kes jenayah

KUALA LANGAT: Sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.

"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes tersebut, Khalid berkata, tiada laporan dibuat mengenainya setakat ini.

"Jika ada, laporkan kepada polis atau datang berjumpa dengan saya sendiri, ceritakan kepada saya apa maksud polis ini dibeli.

"Sudah semestinya perkara ini akan diambil tindakan sekiranya betul. Setakat ini, semuanya sekadar cakap-cakap saja.

"Kita tidak akan melindungi orang-orang kita yang menyeleweng atau mereka yang melindungi orang jahat," tegasnya. Selain itu, laporan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek adalah kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Khalid berkata, kehilangan warga India dilaporkan kepada polis pada 8 September lalu dan berdasarkan siasatan, ia mempunyai kaitan dengan suspek kes bunuh Sosilawati.

"Walaupun kehilangannya pada awal tahun ini namun laporan mengenainya baru saja diterima polis pada 8 September lalu. Ia kini dalam siasatan polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes bunuh seorang wanita India iaitu T.Selvi turut disyaki mempunyai kaitan dengan kes yang sama.

"Bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan meskipun suami mangsa membuat pelbagai ulasan dan mengaitkannya dengan suspek.

"Sebelum ini kami sudah melakukan siasatan awal terhadap kes itu namun sehingga kes baru melibatkan Sosilawati, belum ada petunjuk baru yang diperoleh," jelasnya.

Pun begitu, katanya, kes bunuh wanita itu tidak pernah ditutup kerana polis terus mendapatkan risikan serta maklumat untuk meneruskan siasatan.

"Sekarang kita sudah pun dapat petunjuk baru, maka kes ini terus disiasat," katanya lagi.

Selvi ditikam hingga mati di bahagian dada dan perut di kawasan rumahnya di Taman Cempaka dekat sini pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.

Suami mangsa, P. Balasandram, 54 mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu mempunyai kaitan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati.

Ini berikutan dia pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006 dengan bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.

Sosilawati bersama tiga individu lain telah dipukul sehingga mati dan kemudian dibakar dan abu dibuang di Sungai Panchau berhampiran lokasi kejadian di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat sini.

Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Kesemua mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. - mStar

Kes Sosilawati + 3 : Suspek utama punya 10 pengawal peribadi termasuk 4 bekas anggota elit polis


GOMBAK: Datuk Sosilawati Lawiya tidak pernah memiliki senjata api atau pengawal peribadi bersenjata untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga sejak menceburi perniagaan kerana bencikan keganasan.

Abangnya, Mashadi Lawiya, 51, berkata adiknya itu tidak suka kepada kekerasan dan sentiasa percaya dengan rundingan untuk menyelesaikan masalah. “Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan dirinya dan keluarga. Dia khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan. “Beliau sentiasa berpegang kepada prinsip hidup dan mati ditentukan oleh Tuhan,” katanya semalam.

Mashadi juga berkata, pengasas syarikat kosmetik Nouvel les Visages itu tidak berniat bermalam di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan hartanah seperti didakwa sebelum ini.

“Hanya pada 30 Ogos lalu, dia menghubungi seorang ahli keluarga kami dan memberitahu akan berada di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan jual beli tanah,” katanya.

Sementara itu, suspek utama kes dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 10 pengawal peribadi bagi melindungi keselamatannya dan keluarga.
Difahamkan, pengawal terbabit kebanyakannya berpengalaman dan terlatih dalam tugas melindungi keselamatan kenamaan, termasuk empat bekas anggota elit polis.

Sumber rapat dengan suspek, berkata peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu terpaksa berbuat demikian kerana sentiasa berasakan keselamatannya dan keluarga terancam.

"Pengawal peribadi sentiasa mengikutinya, isteri dan anaknya ke mana mereka pergi," katanya.

Menurut sumber, penggunaan khidmat pengawal peribadi itu turut didorong pembabitannya dalam kegiatan samseng dan kongsi gelap di Banting - BH

Kes Sosilawati + 3 : Suspek utama punya personaliti psikoptik - Gila tanpa gangguan mental


INFO
Psikopatik

•Tidak sama dengan gila (skizofrenia atau psikosis) kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan. Ia ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.

•Berdasarkan kajian pakar perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik dan amat sukar dikesan serta disembuhkan.

•Dalam kegiatan jenayah, penghidap dikenali sebagai pembunuh, perogol dan perasuah. Lazimnya mempunyai penampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan


Personaliti psikopatik boleh sorok peribadi sebenar

KUALA LUMPUR: Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berkemungkinan mempunyai personaliti psikopatik, namun pakar psikiatri yakin peguam bergelar Datuk itu waras ketika melakukan jenayah berkenaan.

Ciri-ciri sama juga ditonjolkan suspek kedua yang juga adik kepada suspek pertama dengan kedua-dua suspek mempunyai perilaku manipulatif yang berjaya menyembunyikan personaliti sebenar mereka daripada mata masyarakat selain memperdayakan mangsa. Personaliti psikopatik tidak sama dengan gila kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan, tetapi ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.

Pakar perunding kanan psikiatri dan psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Azhar Zain, yakin kedua-dua suspek utama waras ketika pembunuhan berdasarkan fakta, ia mempunyai motif, dirancang dan perbuatan dilakukan secara berkumpulan.

“Orang tidak waras melakukan perbuatan (jenayah) secara bersendiri kerana gangguan mental seperti mendengar bisikan suara-suara ghaib mendesak mereka melakukan perbuatan itu untuk tujuan tertentu seperti menyelamatkan diri, masyarakat atau negara. Mereka juga tidak dapat membezakan apa yang benar dan yang tidak benar. Jika jenayah dilakukan dengan motif jelas dan terancang, apatah lagi berkumpulan, ia bermakna mereka siuman,” katanya semalam.

Prof Azhar juga berkata ada perbezaan jelas antara individu waras dan penjenayah kerana mereka mampu membezakan antara realiti, manakala minda dan tindakan penjenayah cenderung kepada melanggar peraturan tanpa rasa bersalah.
“Malah, bagi penjenayah, mereka berasakan melanggar undang-undang adalah hak mereka. Seseorang yang mempunyai masalah personaliti selalunya tidak seperti apa yang kelihatan pada luarannya. Mereka berkebolehan memanipulasikan orang lain dengan imej, perilaku yang baik dan naif sehingga mengaburkan sesiapa yang mengenalinya. Jika kita fikir, mana mungkin seorang peguam yang normal akan melakukan perbuatan seperti ini,” katanya.

Prof Azhar berkata suspek kedua berkemungkinan mempunyai ‘dependent personality’ atau personaliti kebergantungan yang mengikut telunjuk suspek pertama yang lebih berkuasa atau dominan.

Katanya, psikologi penjenayah juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya faktor genetik yang diwarisi, cara pembesaran dan contoh individu yang membesarkan mereka selain faktor persekitaran dibesarkan, termasuk pengalaman ketika kecil. - BH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive