Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa mereka ditawarkan wang untuk menyertai Pakatan Rakyat agar melaporkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Sambil mengakui pernah menawarkan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan, Naib Presiden PKR, Sivarasah Rasiah berkata, biar BPR menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan laporan yang diperkatakan itu.
“Kami tak mampu nak beli Ahli-ahli Parlimen BN... bagaimana nak beli mereka?” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Siong membuat laporan polis berhubung kenyatannya mengenai ahli Parlimen BN yang ditawar sejumlah wang untuk melompat parti. ... seterusnya di MSTAR
No comments:
Post a Comment