20 September 2008

MAJLIS PEGUAM GESA MANSUH ISA


KUALA LUMPUR: Peguam Malaysia meminta kerajaan segera membebaskan dengan tanpa syarat semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Badan itu, pada mesyuarat agung luar biasanya, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undang-undang pencegahan sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

"Terdapat banyak undang-undang yang dikaitkan dengan para tahanan ini dan jika pihak berkuasa mempunyai bukti terhadap mereka, dakwa mereka di mahkamah terbuka bagi membolehkan mereka mempertahankan diri," kata Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.

Beliau berkata, badan itu mendesak kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985. ... seterusnya di MSTAR

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive