30 September 2008

10 MAUT BOT KARAM DI PELABUHAN KLANG

oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

KLANG: Sepuluh maut, semuanya wanita apabila sebuah bot membawa warga Indonesia yang mahu pulang berhari raya karam, kira-kira tiga kilometer di perairan Pelabuhan Barat Klang, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, bot yang membawa kira-kira 150 penumpang itu sedang menghala ke perairan Sumatera, Indonesia. Semua mangsa dipercayai mahu pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok.

Mangsa yang selamat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini. Pihak berkuasa dilaporkan masih meneruskan kerja menyelamatkan mangsa dan bot berkenaan dipercayai membawa lebih penumpang yang sepatutnya hanya 70 orang saja.

- BHARIAN Online

1 comment:

Unknown said...

welcome to my blog www.zgwm.org.cn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive