Petani-petani se Malaysia sedang berkira-berkira masa depan mereka selepas 17 atau 18 hb ni. Berkira tentang masa depan mereka yang pasti nya lebih cerah.
Apa tidak nya. pemergian lebih 50 ahli-ahli BN-BBC ke Taiwan adalah untuk meneroka teknologi-teknologi baru dalam bidang pertanian. Bukan untuk mereka. Mereka tak minat pertanian. Mereka lebih kepada projek-projek besar
.
Tapi pemergiaan mereka adalah untuk pengundi-pengundi yang telah menaikkan mereka. Mencari sesuatu yang baru untuk rakyat.
Jangan salah anggap. Mereka bukan menghabiskan wang rakyat. Mereka guna duit poket sendiri. Jangan salah anggap juga, mereka bukan lari dari 916, mereka sekadar ingin bercuti kerana Parlimen tiada sidang.
Mereka tidak pedulikan bulan Ramadan, semuanya kerana sifat kasih sayang mereka pada rakyat. Mereka ingin melihat rakyat lebih maju. Jarang sekali kita lihat sikap wakil-wakil rakyat kita sebelum ini sebegini.
Kerana sayangkan rakyat jugalah program ini dibuat disaat-saat akhir. Sebahagian dari program belum pun diputuskan lagi. Najib hanya berseloroh bila berkata program ini telah lama dirancang. Semua mengetahui najib suka berseloroh.
Tapi satu yang aku terkilan, MP tempat aku tidak turut serta. Dia sibuk untuk selesaikan kes mad ismail. Untuk orang-orang Kepala Batas dan sekitar dengan nya, hangpa tetap buat bendang macam dulu-dulu jugak lah lepas ni, tak ada yang baru sebab MP hangpa tak ikut sama dalam lawatan ni.
Hehehehehehehe ...
No comments:
Post a Comment