29 September 2008

SEDEKAH.

MIMPI-SENJA: Sedekah itu cukup baik. Tak kira disisi apa agama sekalipun "sedekah" satu perbuatan mulia. Tetapi apabila seorang lelaki yang berakal disedekah kan kepada nya sebatang tubuh wanita, tidak kah ia terfikir perbuatan itu menjurus kepada perbuatan zina.

Ini lah yang terjadi kepada Zul Hassan, Ahli Majlis Perak Tengah dan juga seorang ahli PKR baru-baru ini. Menurut pengakuan yang diberikan, beliau telah di"sedekah" habuan seks seorang wanita cina di Batu Feringghi pada 14 Ogos lalu berhubung dengan skandal rasuah melibatkan satu projek di Sri Iskandar.

Menurut lapuran UtusanOnline hari ini (DISINI) Zul Hassan telah pun dipecat bermula Jumaat lepas.
Pemberian wanita cina itu dianggap sedekah oleh Zul. Tak kan nak tolak pula dah orang nak sedekah. Ni Zul oi, tak kan hang tak boleh pikiaq sedekah yang macam mana yang patut diterima dan sedekah yang macam mana yang patut di tolak?
Aku dan ramai rakyat diluar sana amat berharap agar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih pemerintaha negara dari pemerintah sekarang. Tapi kenapakah kejadian-kejadian sebegini berlaku disaat-saat DSAI, TGHH dan LKS berhempas pulas untuk menawan Putrajaya? Tidakkan ianya sedikit sebanyak mengganggu-gugat proses tersebut dan mengurangkan kenyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat?
Beberapa insiden-insiden yang samada sengaja atau tidak, turut menyumbang kearah terhakisnya kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umpamanya kejadian meroboh kuil di Ampang. Kes azan dan Teresa Kok di Puchong. Semua ini akan menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk menilai sejauh mana hebat nya Pakatan Rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Kepada semua ADUN, Ahli Parlimen dari PKR, Pas dan DAP ingat lah rakyat akan terus memerhati tindakan ada semua. 5 negeri sahaja belum cukup. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. ... Assalamualaikum

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive