28 September 2008

SILAP GUNA PERKATAAN BERLAKU KEPADA ISTILAH TERTENTU SAHAJA : DBP

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan, kata Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarul Zaman Shaharudin.

Ketika bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata perkataan "seks" adalah contoh bahasa yang mudah dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak Zulkifli Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan". ... seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive