20 October 2008

CERPEN YB J: PAKATAN KECAM UTUSAN - malaysiakini

Oct 20, 08 5:36pm

Pakatan Rakyat mengecam Utusan Malaysia dengan mendakwa ia "mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman" susulan penerbitan cerpen kontroversi mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina.'Politik Baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya yang diterbit 12 Oktober lepas itu sebagai serangan peribadi terhadap ahli parlimen DAP Teresa Kok.
Dalam kenyataan bersama oleh tiga pemimpin PKR, DAP dan PAS, mereka turut menyifatkan cerpen itu sebagau "usaha berterusan Umno untuk menjadikan exco kerajaan Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum."
"Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman," kata bendahari PAS Dr Hatta Ramli, ketua penerangan PKR Tian Chua dan ketua Pemuda DAP Anthony Loke hari ini."Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen.
"Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan."Pakatan Rakyat juga mendesak akhbar harian itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen tersebut. "Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini," kata mereka.
Tambah gabungan pembangkang itu, kebebasan berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. -- malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

UTUSAN MALAYSIA = UTUSAN MELOYA...

Anak Malaysia @ Anak Sarawak

Anonymous said...

Apa beza nya dengan karya Salman Rushdi? Sebagai Masyarkat Malaysia yang majmuk,penulis bertanggung jawab untuk memelihara kerohanian masyarakat yang berbilnag kaum bukan untuk mengapi apikan masyarakat antara satu dengan lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive