03 October 2008

HINDAF SERBU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOLEH GAGALKAN RUNDINGAN BEBAS PEMIMPIN KUMPULAN ITU

IPOH, 3 Okt (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu kecewa dengan tindakan kumpulan Hindraf menyerbu Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri kabinet kerana ia boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpin kumpulan itu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata tindakan kira-kira 1,000 orang penyokong Hindraf menyerbu rumah terbuka itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTC), Kuala Lumpur dua hari lepas akan menyebabkan segala rundingan antara MIC dengan kerajaan bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Kamunting gagal.
Katanya kerana taksub untuk menjadi ketua, terdapat pihak yang sengaja menjadikan perkara itu sebagai isu dengan tujuan supaya kelima-lima tahanan terbabit terus ditahan.
"Sebenarnya ada pemimpin yang akan tertekan sekiranya tahanan ini bebas, segala penipuannya yang dijalankan semata-mata ingin menjadi ketua yang disanjungi dan dihormati akan berkubur.
"Saya mahu semua kaum India yang menganggotai kumpulan ini berhenti mendengar segala nasihat dan tohmahan yang dikeluarkan pemimpin kumpulan ini serta meninggalkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Wanita Jayabalan di Hospital Pantai Puteri di sini, Jumaat.
Beliau turut mencabar pemimpin Hindraf P. Waythamoorty untuk kembali ke tanah air dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya mengenai semua persoalan termasuk wang hasil kutipan Hindraf selama ini.
"Jelaskan kepada mereka (pengikut Hindraf), adakah permergiannya ke London untuk menuntut hak RM1 juta untuk semua pengikut Hindraf atau menghabiskan semua duit anggota kumpulannya yang dikutip dan lari ke sana," kata Samy Vellu.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive