KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”
“PRODUKTIVITI TINGGI AMALAN KITA”
Surat Kami: ( 25 )PKNS/SOA/2008-2010
Tarikh: 25 Oktober 2008
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Pejabat Menteri Besar
Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40592 SHAH ALAM
Y.A.B. Tan Sri
DESAKAN MENARIK BALIK SURAT PEMANGKUAN PUAN LOW SIEW MOI SEBAGAI PENGURUS BESAR PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Surat persatuan bertarikh 22hb September 2008 mengenai perkara di atas adalah berkaitan dan dirujuk.
2. Persatuan-persatuan, kesatuan dan badan kebajikan di PKNS telah mendapat maklumat bahawa Y.A.B. Tan Sri telah mengeluarkan surat melantik Puan Low Siew Moi untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mulai 1 November 2008 ini. Perlantikan tersebut sesungguhnya adalah amat bertentangan dengan hasrat surat kami terdahulu yang meminta Y.A.B Tan Sri mempertimbangkan penyandang jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) iaitu Tuan Haji Md Nasir bin Md Arshad untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS.
3. Sehubungan dengan itu, kami yang mewakili seluruh persatuan-persatuan, kesatuan, badan kebajikan dan seluruh anggota PKNS melahirkan perasaan yang teramat kesal dan membantah sekeras-kerasnya perlantikan tersebut serta mendesak Y.A.B. Tan Sri supaya menarik balik surat perlantikan tersebut. Bantahan ini dikemukakan berasaskan kepada faktor berikut :
i) PKNS ditubuhkan untuk orang Melayu dan untuk memenuhi agenda melayu. Sehubungan dengan itu, adalah perlu organisasi ini diterajui oleh orang Melayu.
ii) Walaupun PKNS ditubuhkan untuk orang Melayu dan bagi memenuhi agenda orang Melayu, PKNS tidak pernah meminggirkan kaum-kaum lain dalam setiap aktiviti teras yang dilaksanakan. Malahan kaum-kaum lain juga menikmati pembangunan yang dilaksanakan oleh PKNS sepanjang 44 tahun PKNS ditubuhkan.
iii) PKNS ditunjangi oleh orang Melayu yang beragama Islam. Oleh yang demikian banyak aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian yang dilaksanakan memerlukan seorang pemimpin yang faham dan menjiwai serta menghayati Islam itu sendiri. Dalam erti kata lain pemimpin yang akan menjadi Pengurus Besar itu juga merupakan imam kepada seluruh anggotanya.
iv) Persatuan-persatuan, kesatuan dan badan kebajikan tidak menafikan kebolehan Puan Low Siew Moi dalam pengurusan kewangan. Walau bagaimanapun, untuk menerajui PKNS kriteria-kriteria sebagai seorang pemimpin yang lebih menyeluruh diperlukan antaranya hubungan sesama anggota, persatuan-persatuan dan kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai lapisan anggota.
v) Sekali lagi ditekankan bahawa jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) adalah jawatan terkanan selepas jawatan Pengurus Besar dan secara tradisi penyandang tersebut akan dilantik sebagai Pengurus Besar selaras dengan struktur organisasi PKNS yang diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
4. Berdasarkan faktor di atas, Persatuan, kesatuan dan badan kebajikan dengan ini mendesak YAB Tan Sri untuk menarik balik surat perlantikan tersebut . Kami akan memberi sokongan tidak berbelah bagi dan akan hanya menyokong sepenuhnya perlantikan Tn. Haji Md Nasir bin Md Arshad sebagai Pengurus Besar PKNS. Kami juga berharap YAB Tan Sri memahami tujuan kenapa PKNS diwujudkan. Kami amat berkeyakinan terhadap kebolehan, pengalaman dan kepimpinan Tn Haji Md Nasir bin Md Arshad untuk membawa PKNS terus cemerlang dan terus unggul untuk kemakmuran rakyat negeri Selangor.
Sekian, terima kasih
Kami yang benar,
(HAJI IDRIS BIN ISHAK)
Presiden
Persatuan Pegawai Kanan PKNS
(HAJI SHAMSUL BAHRIN BIN MD. SHUKOR)
Presiden
Persatuan Pegawai Eksekutif PKNS
(AB. RAHMAN BIN HAJI ABDAN)
Presiden
Kesatuan Pekerja-pekerja PKNS
(ROSLAN BIN BAHARUDDIN)
Presiden
Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS
(HAJI IBRAHIM BIN SURIB)
Presiden
Badan Islam PKNS
(HAJI LOKMAN BIN ABDUL KADIR)
Yang Dipertua
Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja PKNS
Mem
sk Y.B. Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Y.B. Tuan Ir. Iskandar bin A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan,
Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Sumber : apatakena

5 comments:
It’s basically mutiny..Captain Bligh...what will Khalid do? Ordinarily all 6 signatories should be hung....no need to be so harsh....this is a very good opportunity to set all six signatories adrift out in the open ocean....for they know not nor seem to care.....that the rakyat through Pakatan wants these changes.....in short they insult the rakyat.....and for that there is a price to be paid.....
What matter most is the delivery. No point in putting malay GM, but does not perform. If PKNS is making money who is going to gain?. Rakyat which includes the six signatories. To me it doesn't matter who is at the helm. As long as the person stick to the organization policies and she/ he is the performer, that matter most. If race is still an issue, that reflect the old mentality and masih macam katak di bawah tempurung.
SAYA SETUJU PKNS DITERAJU OLEH ORANG CINA KERANA SEPANJANG TEMPOH 44 TAHUN PKN PENUH DENGAN KRONI DAN PENTING KAUM KERABAT DALAM PENGAGIHAN RUMAH. CONTOH KAT BANGI SAJA SEMUA YANG RAPAT DENGAN PEGAWAI PKNS DAPAT KEISTIMEWAAN......
Hi Khairudin, that is why the 6 idiot signatories attempt to arouse the racial issue again, apparently they try to protect their benefits. I think (personal opinion) Khalid might find him self a difficulty to appointed a Malay GM since they have been contaminated with nepotism as majority of them occupied the post since UMNO era. But more headache thing is the PAS pierce the honorable Khalid from the back with same reason. I deeply disappointed with the hypocrites, not because of rejection of Chinese GM but their racism spirit like second UMNO.
I think Selangor is consists of 70% Malays so can u deny Malay is not the beneficiary if PKN do well?
Surprisingly this letter was wrote by people that went for Haj.Do they know the true principals of Islam in APPRECIATING contributions from the other races or religions? Let me enlighten all of you. There is this chinese woman that had put in 33 years of her livelihood for the betterment of the MALAYS(the signatories of the letter stated that PKNS is for the MALAYS).She worked in PKNS for 33 years and this is how we repay her deeds by saying that she is not worth leading the organisation that she had been with all this years.My first question to this HAJI's are...where are your values for APPRECIATION?This woman could have worked in an organisation that fulfils the needs of the chinese, but she chose to be with PKNS and I can assure you that the word PKNS has no indication that it is for the malays only...it is just that some individuals and organisations are being so naive or in another word treating us as if we are naive on national issues...even if PKNS is truly for the malays..please,this woman is only going to lead PKNS for a year..for whatever good deeds she had done for the malays..JUST SHOW SOME APPRECIATION...thank you
Post a Comment