31 October 2008

SYED HAMID: PEMBELIAN HELIKOPTER POLIS JUGA DITANGGUH - malaysiakini

Oeh ZANARIAH ABD. MUTALIB
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk menunda pembelian 21 helikopter bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat kira-kira tiga minggu lalu bagi membolehkan peruntukan yang ada untuk tujuan itu digunakan untuk projek-projek yang memberi kesan langsung.

Syed Hamid berkata, cadangan pembelian itu sudah pun berada di peringkat dasar dan diluluskan Kabinet di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan kini telah ditunda di bawah RMK-10.

Beliau berkata, jika sekalipun kerajaan membuat keputusan untuk menempah helikopter tersebut pada masa ini dan membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda pembelian, pembayaran penuh tetap akan dibuat di bawah RMK-10 kerana pembinaan helikopter tersebut mengambil masa dua tahun.

"Justeru, lebih baiklah duit itu (di bawah RMK-9) kita gunakan untuk projek-projek yang memberi kesan langsung," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Syed Hamid berkata, ketika mengambil alih Kementerian Dalam Negeri pada Mac lalu, pihaknya telah melihat keperluan untuk membeli 21 helikopter terbabit.

"Bila ada keperluan (membeli helikopter), kita mesti dapatkan harga yang terbaik dan kita bercadang untuk membelinya menerusi tender terbuka.

"Kita tahu tidak banyak syarikat yang membina helikopter mengikut spesifikasi yang kita mahukan ini. Jika kita lakukan tender terbuka nanti, kita akan lihat pakej yang terbaik," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya semalam berkata Dewan Rakyat lewat kelmarin dimaklumkan bahawa pembelian tersebut ditangguhkan.

Pada 12 Ogos lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, PDRM akan menambah 21 helikopter bagi meningkatkan kecekapan operasinya terutama di dalam mengawasi perairan negara.

Selasa lalu, kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian 12 Eurocopter EC-725, yang diumumkan awal bulan lalu bagi menggantikan Nuri, ekoran kesan krisis kewangan yang dihadapi negara. -- mStar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive