10 November 2008

CAJ RM8,000 - 'MOSTI' TEMUI ANGKASAWAN HARI INI - malaysiakini

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dijadual mengadakan pertemuan hari ini untuk
menyelesaikan isu berkaitan bayaran siri ceramah, yang didakwa mencecah RM8,000 sejam.
Ketika dihubungi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut tetapi berkata:
"Saya hanya akan memberi kenyataan berhubung isu ini esok selepas pertemuan dengan dia (Sheikh Muszaphar)."
Ditanya sejauh mana kebenaran komen ayah angkasawan terbabit, Datuk Sheikh Mustapha Shukor yang mengatakan anaknya tidak diberi layanan yang baik oleh kerajaan dan kementerian terbabit, Fadillah berkata:
"Kita perlu berbincang dengan dia (Sheikh Muszaphar). Kita perlu dengar dari pihaknya, saya tak mahu ulas lanjut mengenainya. Kita tunggu esok."
Jelas beliau, kementeriannya perlu menjalankan siasatan dan mengkaji kesahihan maklumat dalam berita yang disiarkan dalam media.
"Kita tidak boleh mempercayai berita tersebut kecuali jika mereka punya bukti kukuh mengenai perkara ini," katanya.
Tambah beliau, sehingga kini pihak kementerian masih belum menerima apa-apa laporan mengenainya.
Kelmarin, Sheikh Muszapar menafikan dakwaan beliau mengenakan bayaran sehingga RM8,000 sejam untuk berceramah dan telah mengumpulkan RM1.2 juta hasil siri ceramah sejak setahun lalu.
Angkasawan pertama negara itu juga menafikan telah mengadakan ceramah membabitkan 150 korporat setakat ini.
Tegas Sheikh Muszaphar, dakwaan bahawa beliau menerima beribu-ribu ringgit bagi setiap ceramah adalah tidak benar.
Sementara itu, ayah angkasawan terbabit, Sheikh Mustapha turut menafikan perkara tersebut berkata anaknya itu tidak diberi layanan yang baik.
Jelas Mustapha, anaknya itu hanya menerima gaji RM5,000 sebulan dan sebuah kereta daripada kerjaan manakala perbelanjaan lain seperti pemandu peribadi dan pengawal peribadi dibayar oleh angkasawan negara itu dengan pembiayaannya sendiri. -- mStar
MS: Kenapa pulak mesti menggunakan pemandu dan pengawal peribadi ni? Who are U? Jangan terlalu MENINGGI DIRI ... Ingatlah apa yang telah ditunjukan oleh Nya di awal kepulangan dulu ...

1 comment:

Anonymous said...

beratus-ratus orang berasak nak dekati angkasawan.. kalau tak ada pengawal peribadi mahu mati kena lenyek.. bukan dia nak pun..

pemandu peribadi.. tengok jadual ceramah beliau, pagi di melaka petang di selangor, malam di negeri sembilan.. pemandu peribadi tu pun tukang tolong bawa kereta mosti, seorang kenalan lama angkasawan.

kenapa melayu ni suka sangat dengki.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive