03 November 2008

CEO EON PERIKSA PERDANA V6 EXCO SELANGOR HARI INI - malaysiakini


PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu menunjukkan kenderaan rasminya Proton V6 Executive yang rosak setelah bonet kenderaan terbuka secara tiba-tiba ketika sedang dipandu malam Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam di Lebuh Raya Persekutuan itu, kenderaan tersebut yang dipandu oleh pemandu peribadinya rosak setelah bonet hadapan tercabut dan menghentam cermin hadapan mengakibatkan pemandunya terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut. Ekoran itu kenderaan tersebut dibawa ke Pusat Servis EON di Glenmarie untuk diperbaiki namun Liu mendakwa kakitangan di pusat servis enggan memeriksa keretanya dengan alasan kerajaan Selangor masih mempunyai tunggakan penyelenggaraan di pusat itu. - fotoBERNAMA


SHAH ALAM: Sepasukan pemeriksa diketuai oleh Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim akan memeriksa keadaan Perdana V6 Executive kegunaan anggota Exco negeri Selanogr Ronnie Liu dan sekumpulan kereta Proton lain di pejabat kerajaan negeri di sini esok.
EON dalam kenyataannya berkata, Syed Hisham telah menghubungi Ronnie untuk tujuan itu.
Ronnie berkata, bonet Perdana V6 itu tibatiba terbuka ketika beliau dalam perjalanan menuju Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan dan ini menghadang pandangan pemandunya hingga terpaksa melakukan brek kecemasan.
Akibatnya, bonet kereta itu kemek dan cermin depan retak.
Ekoran itu kenderaan tersebut dibawa ke Pusat Servis EON di Glenmarie untuk diperbaiki, namun Liu mendakwa kakitangan di pusat servis enggan memeriksa keretanya dengan alasan kerajaan Selangor masih mempunyai tunggakan penyelenggaraan di pusat itu. -- mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive