11 November 2008

Hashim Jasin angkat sumpah hari ini - malaysiakini

KANGAR: Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota dewan undangan negeri kawasan Sanglang.
Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat semasa sesi persidangan dewan undangan negeri di sini.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu Hashim diisytihar tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan namun pada 16 September lalu Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa kerusi itu dimenangi beliau.
Pada 18 Jun, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi oleh Abdullah sebagai kosong berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim pada 24 April lalu.
Sementara itu, anggota dewan undangan negeri kawasan Chuping, Mansor Jusoh hari ini dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.
Nama Mansor dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan disokong oleh anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail.
Oleh kerana tiada nama lain yang dicadangkan, Yazid mengisytiharkan Mansor sebagai timbalan speaker. BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive