14 November 2008

Mogok Bogel: Tindakan Tegas Kata Ketua Polis Selangor - malaysiakini

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan perhimpunan tanpa permit.
"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana NGO yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit, apatah lagi berbogel," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Antara perkara yang Reformis tidak berpuas hati ialah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.
Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata:"Kami sebagai rakyat merasakan tidak lagi berpeluang untuk berubah di bawah pentadbiran Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).
"Untuk menegur beliau, Reformis akan melancarkan mogok bogel sebagai jalan terakhir untuk memberikan kesedaran agar PR (Pakatan Rakyat) terus kekal di hati rakyat Selangor." BERNAMA -

1 comment:

kent said...

bodoh tul Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis)..konon memperjuangkan hak rakyat..taik...kalo ameno memerintah mesti tak de ape-ape tindakan...
begitu la sifat kebodohan (Reformis)ini..berlagak bagus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive