10 November 2008

PENGERUSI PKR SABAH NAFI KELUAR PARTI - malaysiakini

KOTA KINABALU, 10 Nov (Bernama) -- Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Ansari Abdullah, dan seorang anggota parti itu, Danny Anthony Andipai, menafikan laporan akhbar kononnya mereka telah meninggalkan parti berkenaan.
Mereka membuat penafian itu dalam kenyataan bersama di sini Isnin.Ansari bagaimanapun mengaku menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya pada Jun lepas tetapi belum menerima jawapan.
"Oleh itu, saya masih menerajui PKR Sabah hinggalah orang lain dilantik," katanya.Beliau mengulas laporan akhbar bertarikh 4 Nov yang menyebut beliau telah melepaskan jawatannya.
Laporan itu memberi gambaran beliau telah meninggalkan parti itu.Andipai pula menafikan laporan kononnya beliau meninggalkan PKR dan menyertai Parti Maju Sabah (SAPP) kerana kecewa tidak dipilih untuk bertanding sebagai calon PKR bagi kawasan Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lepas.
Andipai bertanggungjawab memfailkan petisyen yang membantah kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dari Barisan Nasional bagi kerusi Pensiangan.Kemenangan tanpa bertanding Kurup itu kemudiannya diisytiharkan tidak sah dan terbatal oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 Sept.-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

dia nak hint ANWAR, calonkan dia masa pilihanraya pensiangan nanti.. tak paham lagi ke..

dulu ada demonstarsi PKR sabah buat, sekor je yang pergi.. kuat betul PKR di sabah tu... hahahhahahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive