11 November 2008

PETRONAS Tidak Akan Diapung Di Bursa Malaysia - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS tidak akan diapungkan di Bursa Malaysia bagi pemilikan awam atau syarikat-syarikat asing memandangkan pentingnya sumbangannya kepada negara.
"Kerajaan akan memastikan agar PETRONAS terus dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan," katanya sebagai jawapan bertulis kepada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).Abdullah berkata PETRONAS merupakan penyumbang terbesar kepada hasil kerajaan di mana pada tahun ini, ia menyumbang kira-kira RM62.8 bilion atau 44 peratus daripada keseluruhan hasil kerajaan.
"Sungguh pun PETRONAS tidak diapungkan di pasaran saham, beberapa anak syarikatnya telah disenaraikan di Bursa Malaysia yang mana telah membantu mengembangkan pasaran saham negara," katanya"
Setakat ini, empat anak syarikat PETRONAS iaitu PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Gas Bhd, MISC Bhd dan KLCC Property Holdings Bhd telah disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.
Fong meminta Perdana Menteri menyatakan reaksi kerajaan ke atas permintaan Persatuan Pelaburan Saham Malaysia supaya sebahagian saham PETRONAS diapungkan dalam bursa saham tempatan bagi pemilikan awam.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive