PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti buat masa sekarang meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beliau wakili "sudah tidak mahu menerimanya."
Sambil menegaskan PKR yang tidak mahukannya, Jamaluddin berkata, beliau akan menentukan parti yang ingin wakili dan kedudukannya kemudian.
"Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya... saya akan fikir dulu... saya tidak akan masuk mana-mana parti sehingga buat keputusan," kata beliau ketika dihubungi.
"Saya pelik... kalau saudara dalam keadaan saya, fikirkan... patut atau tidak mana-mana parti menyerahkan surat letak jawatan kepada orang lain (Speaker)... surat ini ditandatangani Mac 2008.
"Ini menunjukkan bukan saya tidak mahu parti, tetapi parti yang tidak mahu saya," katanya.
Semalam beliau memberitahu bahawa sedang mengikuti rawatan tradisional di sebuah kawasand di Pahang. -- seterusnya di mStar
Semalam beliau memberitahu bahawa sedang mengikuti rawatan tradisional di sebuah kawasand di Pahang. -- seterusnya di mStar
No comments:
Post a Comment