Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, sehingga kini belum ada keputusan muktamad samada kerajaan negeri Perak yang ada akan jatuh dan diambilalih oleh BN.
Ini kerana, Sultan belum membuat keputusan lagi terhadap permohonannya untuk membubarkan Dun Perak.Beliau berkata demikian kepada Tvpas.com yang menemui beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak sekejap tadi.
Beliau dijangka akan membuat penerangan kepada pimpinan PAS Perak apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan Sultan Perak petang tadi.Turut serta di pejabat PAS Perak adalah Adun dan juga Exco kerajaan negeri. -- Siasah
- malaysiakini : BN bakal bentuk kerajaan baru Perak
No comments:
Post a Comment