Saya kesal dengan kenyataan politik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak menghukum Tan Sri Khalid sebelum sebarang pendakwaan dan perbicaraan bersabit dengan kenderaan dan juga lembu.
Sikap pilih kasih dan pendakwaan selektif yang begitu ketara ini sangat menjijikkan, tatkala puluhan, malahan ratusan laporan polis serta laporan rasuah yang dikemukakan kepada SPRM melibatkan pimpinan Umno-BN, dibakulsampahkan dan senyap sunyi tanpa berita!
Reformasi apa yang dijanjikan kini? SPRM ghairah memperjuangkan kes lembu, walhasil mereka menampakkan diri mereka ibarat lembu dicucuk hidung.
Cara jelek sebegini pastinya satu percaturan jelek yang diatur bagi memenuhi agenda peribadi Datuk Seri Najib untuk memastikan suara rakyat dilenyapkan.
KeADILan dan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita komited dengan agenda membanteras rasuah ke akar umbi dan menentang sistem yang rakus dan zalim.
ANWAR IBRAHIM
Sumber: anwaribrahimblog
MS: Selagi BN/UMNO yang terus menerajui pemerintahan negara ini, tubuhkanlah apa saja Suruhanjaya, apa saja Badan ianya tetap dipengaruhi pemerintah. Tetap tidak akan ada ketelusan, tetap tidak akan bebas. Hanya pada nama saja ianya Badan Bebas. Lihat saja lah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, apa dah jadi????
Buat lah apa saja laporan, selagi ianya datang dari bukan pihak pemerintah pasti lah laporan tersebut akan di"bakulsampah"kan atau dilengah-lengahkan, melainkan ianya datang dari juak-juak UMNO/BN, maka akan cepat lah pihak-pihak terbabit bertindak, tak kiralah samada PDRM atau SPRM. Semuanya sama, tak boleh di percaya langsung.
Bukan setakat laporan yang dibuat akan di"bakulsampah"kan, silap-silap pelapor pula akan didakwa seperti kes RPK. Oleh itu hati-hati lah .... dan berusaha lah kearah kerajaan yang baru yang lebih telus dan boleh dipercayai
No comments:
Post a Comment