Belum pun menerima kuasa secara mutlak sebagai Presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri sudah mula menunjukkan belang sebenar pentadbiran beliau apabila mengarahkan pihak polis menghalang perjalanan satu majlis memperkenalkan calon Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.
Majlis itu yang turut mengundang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dicemari oleh insiden menyayat hati apabila lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mengutuk sekeras kerasnya kejadian malam tadi dan menyifatkan tindakan itu sebagai membunuh proffesionalisme Polis Diraja Malaysia kerana telah bertindak zalim ke atas rakyat yang berhimpun secara aman..Penganjuran majlis itu difahamkan telah menerima permit tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Isu lapuk kononnya perhimpunan yang dianjurkan ini adalah haram dan menganggu ketenteraman awam amatlah tidak boleh diterima pakai kerana selama ini belum pernah dilaporkan kes ceramah dan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat mengundang kontroversi atau sebarang salah laku pihak penganjur.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) meminta pihak kerajaan dan PDRM agar tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap demokrasi di negara ini. Tindakan itu menampakkan kerajaan Barisan Nasional terlalu tertekan dan takut dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem kerajaan. Malah tindakan itu juga disifatkan sebagai tindakan Zionis yang menghalang perayaan di Gaza tempoh hari, di mana kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa kezaliman pihak polis.
Sepatutnya kerajaan Barisan Nasional sedar dan insaf bahawa kekerasan dan paksaan tidak akan mengundang dan memenangi sokongan rakyat. Mereka harus tahu untuk berdiplomasi dan menerima kehendak rakyat dengan bertolak-ansur dan bukan menghalangnya. Mungkin semalam rakyat lari bertempiaran tetapi adalah amat mustahil undi mereka juga akan lari kepada Barisan Nasional.
Justeru, Kelab Anwar Ibrahim mendesak agar Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis meluluskan permit-permit ceramah yang dimohon apatah lagi Malaysia di ambang demam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang serta Batang Ai.Kelab Anwar Ibrahim juga menyeru agar sesiapa sahaja yang ditahan pada insiden malam semalam diberi layanan yang adil dan hak-hak asasi mereka tidak diketepikan.
Kelab Anwar Ibrahim berharap seluruh rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden semalam malah menyeru perwakilan UMNO yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra agar berani menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menzalimi saudara seagama dan sebangsa dengan mereka.
Akhir kata Kelab Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mangs-mangsa insiden semalam kerana tidak termakan provokasi dan niat jahat Barisan Nasional serta tidak bertindak melampaui batas undang-undang.
Saifuddin Bin Shafi Muhammad
Setiausaha Agung
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
1 comment:
u ppl say no to Najib...ok no problem.. we also wanna say no to ur boss...Mat punggung
Post a Comment