Baru-baru ni Najib kata kerajaan BN/UMNO tidak lagi akan meneruskan projek-projek 'mee segera' apabila berlaku sesuatu pilihanraya kecil, sebaliknya projek untuk rakyat akan berterusan.
Piiiirrrrraaaah najib oi, jangan nak berbicara sesedap mulut la. Rakyat ada mata ada telinga. Rakyat mendengar dan dapat melihat apa yang dilakukan oleh umno.
Dan projek 'mee segera' yang terbaru - projek "Penyerahan Jentera Kecil Pertanian" di bawah sekim bantuan jentera kecil pertanian yang akan berlangsung pada 28 Mac 09 nanti bertempat di Kg Padang Sekawan di kawasan DUN Bkt Selambau.
Aku percaya sangat kalau tak kerana PRK ni, dah tentu program ni tak akan di adakan.
Tapi seperti kata N25 Bkt Selambau .. BAGI, AMBIL JANGAN TAK AMBIL.
Pada 28 MAC 2009 akan berlangsung satu program penyerahan jentera kecil pertanian .Bertempat di dewan orang ramai KG PADANG SEKAWAN.Begitulah nasib rakyat yang akan di ingati ketika PRK sahaja.Bagi,ambil jangan tak ambil sebab duit untuk beli jentera tersebut dari duit rakyat bukan duit BARISAN NASIONAL dan NEGARA INI BUKAN HAK BARISAN NASIONAL.Yang pastinya ketika kempen bermula nanti akan ada sumbangan MESIN JAHIT,KAIN BATIK,BASIKAL dan bermacam lagi.Wang yang di belanjakan untuk membeli barang-barang tersebut adalah menggunakan duit rakyat bukan duit UMNO.Rakyat sudah muak dan jelek tektik murahan BARISAN NASIONAL INI.Masa untuk berubah,cukuplah sudah lama BARISAN NASIONAL TELAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA SELAMA INI. -- N25 BKT SELAMBAU
No comments:
Post a Comment