Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: 13 Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini mula dibebaskan secara berperingkat-peringkat pagi ini.
Kira-kira 10:43 pagi tiga orang tahanan ISA warga asing mula kelihatan dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Tahanan itu termasuk dua pemimpin dijadual dibebaskan 11 pagi.
Pembebasan mereka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.
Pusat tahanan ini menjadi tumpuan sejak 7 pagi tadi.
Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti sejak 7.30 pagi lagi.
Penyokong dan pengikut Makkal Sakthi juga 'berkhemah' sejak dua jam lalu.
Seorang penyokonh mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sakthi".
Kawalan keselamatan juga diperkatakan.
Seorang penyokonh mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sankthi".
Kawalan keselamatan juga diperkatakan.
Bagaimanapun ahli keluarga tahanan ISA lain dibebaskan tidak kelihatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, Selain pemimpin Hindrag, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.
Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.
Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.
Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.
Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.
Pic & article : mStar
No comments:
Post a Comment