Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

13 December 2014

ISA Mungkin Wujud Semula - Majlis Peguam

alt


KUALA LUMPUR 13 Dis - Cadangan Putrajaya memperkenalkan undang-undang anti-pengganas dan mempertingkatkan kuasanya untuk menahan tanpa bicara mungkin akan menghasilakn semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Majlis Peguam dalam amarannya hari ini.

Presidennya Christopher Leong bimbang kerajaan berusaha ke arah memberikan kuasa yang lebih bersifat kuku besi dan zalim kepada polis, ketika masalah kematian dalam tahanan dan tanggapan korupsi di kalangan anggota polis meningkat.

05 January 2014

6 tahanan terakhir ISA dibebaskan hari ini



Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak akan dibebaskan hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata mereka terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.
  
"Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya dalam kenyataan dua perenggan.
  
Rakyat Malaysia yang akan dibebaskan terdiri daripada Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.
  
Warganegara Indonesia terdiri daripada Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, sementara warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.
  
Pembebasan tahanan ISA ini berikutan pemansuhan akta tersebut dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012.

- Bernama

08 July 2012

Artis berhimpun di Kem Kemunting desak bebas tahanan ISA

PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini.Artis
Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sekalipun pernah berada di pentas ‘glamour’, mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera.

09 November 2011

Tahanan Wanita Terakhir Di Bawah ISA Dibebaskan

TAIPING: Tahanan wanita terakhir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan manusia dibebaskan pada Rabu selepas 217 hari menjalani proses pemulihan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini petang Rabu.

Wanita berusia 48 tahun itu menyifatkan tempat tahanan itu sebagai "tempat terbaik" untuk mereka yang seperti beliau bagi menjalani proses kesedaran serta pemulihan.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkuan anak-anak yang lama saya tinggalkan, keluarga dan masyarakat. "Saya insaf dan tidak ingin mengulangi kesilapan. Wajib bagi kita rakyat Malaysia untuk taat kepada negara supaya tidak lakukan kesilapan yang boleh mendatangkan bencana kepada negara," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini.

18 June 2011

Nasruddin nasihat agar Mubarak tidak jadi Hosni Mubarak

Mubarak mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan Bersih 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan Mubarak agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

29 May 2011

ISA : 3 tangkapan terbaru - disahkan Hishammuddin

Tiga ditahan mengikut ISA kerana terbabit dalam penyeludupan manusia

KOTA KINABALU: Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu berkenaan dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat. Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka. Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

27 October 2010

Lagi militan ditahan di bawah ISA

KUALA LUMPUR: A man believed to be a member of Kumpulan Mujahiddin Aceh (KMA), an Indonesian militant group fighting for the establishment of an independent Aceh state through force, was arrested on Sept 29.
Deputy Inspector-General of Police Datuk Hussin Ismail said Taufiq Marzuki @ Sulaiman Tarmizi, 29, was arrested under Section 73(1) of the Internal Security Act 1960 for suspected involvement in militant activities which could threaten national security.

"Taufiq had fled to Malaysia on March 12 when the group's ideological and military training camp in Bireuen, Aceh was raided by Indonesian police," he said in a statement issued, here, today.

He said the arrest was to facilitate a thorough investigation as Taufiq's presence in Malaysia could harm national security.

"The investigation was aimed at uncovering and curbing foreign militant networks from making Malaysia their safe haven," he added.

On another case, Hussin said Indonesian police arrested a man from Tawau at Nusantara Port, Pare-Pare, Celebes on Oct 20 for smuggling 7,000 units of India-made detonators into Indonesia.

He said the 40-year-old man was believed to have smuggled the detonators from southern Philippines to Tawau and then took a passenger ferry to South Celebes via Nunukan.

"The man was arrested under Indonesia's Emergency Law 1957," he said.

Hussin said the two arrests were made possible through the sharing of information between the Royal Malaysian Police and Republic of Indonesia Police, and the cooperation would continue to combat weapons smuggling and terrorism in the region - Malay Mail

24 September 2010

Pemimpin JI Singapura, Mas Selamat Kastari dibebaskan dari ISA

Mas Selamat
KUALA LUMPUR, Sept 24 — Jemaah Islamiah’s Singapore leader, Mas Selamat Kastari, has been freed from the Kamunting detention camp and will be handed over to the Immigration Department for deportation to the island republic today, authorities said.

Mas Selamat escaped from Singapore’s Whitley Road detention centre on February 27, 2008 and was captured by Malaysian police in Kampung Tawakal near Skudai, Johor on April 1, 2009.
He was then detained under the Internal Security Act (ISA) for two years.

In a statement on Friday, Police Special Task Force Director (Operations/Counter Terrorism) Datuk Mohamad Fuzi Harun said the home minister had cancelled the detention order against Mas Selamat. The order was cancelled at 10.30am the same day.

It is not known if Mas Selamat’s sudden release and deportation was discussed at Monday’s meeting between Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his Singapore counterpart, Lee Hsien Loong. - TMI
MS: Sekadar ingin bertanya bukan dakwaan yer ... apakah ini semua seperti yang di persoal di atas tadi ... ada hubung kait dengan lawatan najib ke Singapura???? Hahahahaha

13 September 2010

Tahanan ISA terbaru - GMI dan Suaram kecam tindakan KDN

STONE: Dalam diam-diam seorang lagi rakyat tempatan dihantar ke Kemunting. Didakwa terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa. Apakah dakwaan tersebut dapat dibuktikan?

Kita sekarang menjadi semakin tidak selamat ... Waspadalah !!! Malaysia semakin tidak selamat

Tahanan ISA di Kamunting tambah seorang, KDN dikecam
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Dua badan hak asasi manusia mendedahkan seorang rakyat tempatan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas pulang dari Thailand Julai lalu, telah dihantar ke pusat tahanan Kamunting untuk menjalani hukuman dua tahun bermula Khamis lalu.

Kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri menghantar Mohamad Fadzullah Abdul Razak, 28, ke Kamunting tanpa pengetahuan keluarga dan peguamnya.

Dia dihantar ke Kamunting 2 September lalu.

Fadzullah ditahan pada 15 Julai selepas dia kembali ke Malaysia dari Thailand dan didakwa terlibat dalam rangkaian keganasan antarabangsa.

“Bagaimanapun dakwaan ini tidak pernah dibuktikan di mana-mana mahkamah terbuka sejak dia ditahan di bawah ISA.

“Sebenarnya, kami meragui sama ada kesemua dakwaan ini boleh dibuktikan di mahkamah terbuka dan dalam perbicaraan yang bebas,” kata kedua-dua pertubuhan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

GMI dan Suaram berkata perintah eksekutif Menteri Dalam Negeri itu untuk menahan Fadzullah selama dua tahun melanggari soal keadilan.

“Fadzullah telah dinafikan hak asasi manusia yang termaktub dalam Deklarasi Universal Hak Asasi, hak untuk mempertahankan diri di mahkamah terbuka dan mahkamah bebas, hak untuk akses kepada peguam dan hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, GMI dan Suaram berkata Sheikh Abdullah Sheikh Junaidi, 70, seorang rakyat Malaysia yang ditahan pada 11 Ogos telah dibebaskan.

Dia ditahan bersama Mustawan Ahbab, 34, seorang rakyat Indonesia dan Samsul Hamidi, 34, warganegara Malaysia — kedua-duanya masih menjalani tahanan 60 hari di bawah 73(1) ISA.

“Meskipun GMI dan Suaram mengalu-alukan pembebasan ini, kami berpendapat ini satu lagi pembebasan selektif dan masih berpendirian tegas bahawa tiada siapa yang harus ditahan di bawah ISA atau sebarang bentuk tahanan tanpa dibicarakan,” katanya lagi.

Julai lalu, GMI berkata, pihaknya percaya penahanan Fadzullah adalah respons kepada tekanan antarabangsa terhadap ancaman keganasan di Malaysia.

Awal Januari lalu, polis menahan 10 lelaki, didakwa anggota kumpulan keganasan serantau Jemaah Islamiah (JI) dan didakwa mencuba untuk merosakkan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Kesemua mereka telah dihantar pulang ke negara masing-masing kecuali Azzahari Murad yang diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad di Petaling Jaya - TMI

02 September 2010

Tahanan ISA - 8 tahun - dibebaskan

Seorang tahanan ISA dibebaskan

September 02, 2010KUALA LUMPUR, 2 Sept — Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI) Malaysia, dibebaskan hari ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Shamsuddin Sulaiman, 40, berasal dari Masai, Johor, ditahan di bawah akta tersebut sejak 13 Jun 2002, kata Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tahanan berkenaan merupakan anggota JI yang ditangkap pada 17 April 2002, katanya. — Bernama

23 August 2010

ISA : Surat terbuka kepada Anifah dari sekumpulan peguam Hak Asasi UK

The Solicitors' International Human Rights Group (SIHRG) in the UK has sent an open letter to Malaysian Foreign Minister Anifah Aman. This follows an informal dialogue with him during an anti-ISA protest in London 10 days ago as part of a planned ongoing engagement on the issue of abolishing the ISA.


The Honourable Dato’ Seri Anifah Hj. Aman
Foreign Minister of Malaysia

Dear Foreign Minister

The Solicitors’ International Human Rights Group (SIHRG) takes the opportunity to write an open letter to you following your recent visit to the United Kingdom and comments made on 8 August regarding the Malaysian Internal Security Act 1960 (ISA) to members of the UK and Malaysian civil society outside the Malaysian High Commission at Belgrave Square.

SIHRG welcomes and applauds your attempts to engage with civil society on 8 August and address the difficult issues raised by Malaysia’s continued use of the draconian ISA in light of the recent disturbing clampdown in Malaysia of numerous planned peaceful protests and mass arrests of anti-ISA protesters. Such conduct by the Malaysian authorities has had a chilling effect on civil society and has brought to sharp focus how laws such as the ISA, if not repealed, will continue to cast a blight on Malaysia’s image in the eyes of the international community and undermine the country’s professed commitment to the rule of law and democratic values.

The Malaysian Government has accepted in recent times that all is not well with the ISA and the country’s other preventive laws. This recognition of a need for change has instigated yet another review of these legislations. SIHRG recognises that this is a step forward. However, provisions of the ISA have a wholly corrosive effect on fundamental liberties, and are inconsistent with Malaysia’s commitment to uphold the rule of law and abide by international norms. For these reasons SIHRG is of the view that there is an overwhelming need for Malaysia to show a strong irrevocable commitment to democratic values by repealing the ISA in its entirety.

Malaysian preventive laws, the most notorious being the ISA, allow for arbitrary detention of individuals at the will of the authorities, sometimes for prolonged periods, without trial or charges ever being proffered against them. These laws deny the detainee the right to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal and severely restrict a detainee’s right to access legal counsel. Individuals detained under the ISA and other preventive laws are deprived from any of the ordinary safeguards found under the country’s regular penal procedures. The systematic and pervasive use of preventive laws engenders a climate of fear among the public and undermines public confidence in the justice system.

You reiterated the Malaysian Government’s stand that it has ruled out repealing the ISA because the state is obliged to guarantee national security and the security of its citizens and the ISA is an important weapon in the state armoury to effectively combat terrorism.

SIHRG considers that there are compelling reasons for the Malaysian Government to reconsider its stand.

1. Indefinite incarceration of detainees has not been proven to be an effective method of preventing, reducing and/or alleviating terrorist attacks or terrorist-related violence. In fact, it is likely to be counterproductive (as has been the UK’s past experience). Malaysia, like many other countries, can develop a legal response to terrorism which allows it to protect the collective security of its people whilst giving effect to the rule of law and maintain core democratic values. The balance is important, not least to lend legitimacy to the legal measures adopted by allowing appropriate judicial and parliamentary scrutiny of executive decisions.

2. During its recent visit to Malaysian detention centres in June this year, the UN Working Group on Arbitrary Detention found evidence of a link between arbitrary detention and torture and ill-treatment. The detainee and prisoner interviews conducted by the Working Group observed that those detained under preventive laws were more vulnerable to state abuse as they are more likely to be tortured and/or ill-treated, in order to obtain confessions or evidence (facilitated by the fact that many are held initially in incommunicado detention), they are not informed of their right to contact relatives or to consult a lawyer (with some detainees interviewed stating that they were positively discouraged from consulting a lawyer).

3. There have been many instances reported in the media of lawyers either unable to access their clients detained under the ISA or facing difficulties in getting such access. Lawyers perform a public role to ensure there is high public confidence in the proper functioning of the country’s justice system. In recognition of this important public role, Malaysia and other States unanimously adopted the UN’s Basic Principles on the Role of Lawyers in September 1990 at the Eighth United Nations Congress in the Prevention of Crime and Treatment of Offenders1.

4. The exceptionally wide powers available to the state under the ISA and other preventive laws are disproportionate to the perceived threat to national security and inappropriate to the nature of terrorism-related crimes. Malaysia has already enacted specific legislations to deal with crimes related to terrorism. A strong state response to terrorism need not include the state’s routine use of extraordinary measures normally reserved for times of emergency.

5. Arbitrary detention without any prospect of trial or charge and the lack of a remedy to effectively challenge the legality of the detention is an unacceptable infringement of personal security and freedom and the presumption of innocence, a fundamental principal of modern criminal law and Malaysian penal law.

SIHRG is committed to promoting and monitoring human rights around the world. It counts the right of individuals to be given reasons for their detention and to be afforded the opportunity to challenge the legality of the deprivation of personal freedom before an independent and impartial tribunal as a basic civil right and a cornerstone of the rule of law. SIRHG abhors torture in all its forms and supports any positive measures adopted by states to eliminate and/or prevent any form of illegitimate violence perpetrated against its citizens.

Malaysia has repeatedly expressed to the international community that it does not condone torture. In your recent visit to the UK you too agreed that “the use of torture is completely unacceptable”. SIHRG considers that these are strong value statements that must and must be seen to be reflected in good governance. The ISA is an outdated colonial era relic which neither resonates with the Malaysian people nor the progressive forward-looking attitude of the state.

SIHRG therefore strongly urges the Malaysian Government to take this timely opportunity to close the chapter on the country’s unhappy history with the Internal Security Act by repealing the Act in its entirety.

Yours sincerely

Lionel Blackman
Chairman

sumber : Aliran

22 August 2010

MPM mahu Soi Lek diISAkan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini sepakat mendesak kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum selain melanggar semangat perlembagaan dengan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Dr Zubir Harun berkata kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semalam yang mendakwa Dr Chua melanggar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan meminta ekuiti 30 peratus pegangan bumiputera dalam perniagaan dikurangkan.

“Mengikut kenyataan Datuk Rais semalam, kami rasa pelanggaran ini sebagai satu perkara serius.

“Beliau cuba merompak hak Bumiputera mendapatkan rezeki,” tegas Zubir kepada wartawan ketika sidang media sempena mesyuarat tergempar MPM di sini.

MPM, sebuah badan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu ditubuhkan Mac lalu dengan tujuan mempertahankan hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MPM Dr Hasan Mad berkata resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA Sabtu lalu seolah-olah sengaja mencabar hak Melayu. ... seterusnya

23 September 2009

Adakan mahkamah khas ganti ISA - Chandra Mudzaffar

Oleh ROHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar hari ini mencadangkan penubuhan mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan.

Pada masa yang sama, katanya, undang-undang baru yang lebih adil, tegas dan menjamin hak asasi manusia perlu digubal bagi mengambil alih peranan ISA termasuk memansuhkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa melalui proses mahkamah.

Jelasnya, mahkamah khas itu akan mengendalikan permohonan pihak berkuasa untuk penahanan seseorang atau sekumpulan suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Tambahnya, pihak berkuasa selepas tempoh tertentu perlu menghadapkan suspek terbabit untuk dibicarakan secara tertutup di mahkamah khas dengan didengar oleh seorang, tiga atau lima hakim.

‘‘Selain kes-kes keselamatan, perbicaraan kes-kes perkauman juga perlu dibuat secara tertutup.

‘‘Seperti juga Mahkamah Khas untuk kes melibatkan seseorang raja, keputusan mahkamah khusus ini juga muktamad dan tidak boleh dirayu di mahkamah lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai pindaan ISA yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Sebelum ini, Mahkamah Khas ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk membicarakan kes melibatkan mana-mana sultan atau raja Melayu yang tidak boleh didakwa di mahkamah biasa.

Menurut Chandra, cadangan itu dikemukakan kerana penentangan dan kritikan dari dalam dan luar negara terhadap ISA tidak akan berakhir lantaran ia disifatkan melanggar hak asasi manusia dan keadilan sejagat.

‘‘Saya mengakui ISA sudah banyak berjasa kepada negara dalam hal menangani isu-isu keselamatan dalam negeri tetapi selain isu hak asasi dan keadilan sejagat, terdapat juga ruang untuk akta ini disalahgunakan.

‘‘Pendirian saya tentang isu pelanggaran hak asasi ini konsisten memandangkan ia isu sejagat malah dalam Islam sendiri pesalah atau suspek diberi ruang membeli diri atau dibicarakan,” katanya.

Chandra turut mencadangkan nama baru bagi undang-undang menggantikan ISA iaitu Maintenance of Public Order and Stability Act atau Akta Kawalan Keselamatan dan Kestabilan Awam.

‘‘Ini adalah sesuai dengan matlamat undang-undang tersebut iaitu untuk mengawal dan mengekalkan kestabilan awam,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai ISA, Chandra berkata, akta itu pada peringkat tertentu berperanan positif menghadapi ancaman komunis, konfrontasi, perkauman dan masalah semasa yang berhubung kait dengan keganasan serta ancaman baru politik pasca 13 Mei 1969.

Namun, tegasnya, dari satu perspektif, ISA melanggar prinsip asas hak asasi manusia dan hak asasi sejagat apabila membenarkan pihak berkuasa menahan seseorang individu tanpa bicara dan membela diri.

‘‘Selain itu ISA juga memberi kuasa yang hampir-hampir mutlak kepada golongan eksekutif iaitu Menteri Dalam Negeri tanpa proses semakan melalui perundangan.

‘‘Tidak ada pihak lain yang boleh mencabar kuasa mutlak ini. Ini berbahaya kerana dalam sistem yang diwujudkan oleh manusia kita memerlukan batasan. Batasan merupakan satu prasyarat untuk mewujudkan sebuah sistem yang bertamadun,” jelas beliau.

Chandra berpendapat, ISA telah meletakkan Malaysia di persimpangan jalan berhubung satu proses perundangan, oleh itu kerajaan hendaklah menggubal satu undang-undang alternatif untuk menggantikan ISA.

“Undang-undang baru itu perlu mengambil kira dua faktor iaitu kebebasan dan hak individu kerana ia melibatkan maruah dan martabat manusia.

“Pada masa yang sama kita harus mengambil kira keselamatan masyarakat dan kestabilan negara. Yang menjadi cabaran pada masa ini ialah bagaimana kita harus mengimbangi kedua-duanya antara hak insan dan keselamatan,” tambah beliau.

31 July 2009

Gerakan tarik diri, PAS tetap sertai demo anti ISA Najib Altantuya esok


Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, 31 Julai – Di sebalik amaran pihak polis dan pelbagai lagi yang mendesak supaya demonstrasi mansuhkan ISA anjuran GMI esok dibatalkan, dan di sebalik sudah bermulanya sekatan-sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur hari ini, PAS Pahang sebagai sebahagian dari sekutu GMI dalam penganjuran demonstrasi tersebut tetap dengan tegas menyeru seluruh rakyat Pahang supaya turun beramai-ramai esok ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Ustaz Yusof Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang percaya yang sesiapa yang bersetuju bahawa penahanan tanpa bicara itu zalim, pemisahan suami dari isteri itu zalim, dan pemisahan anak dari ayahnya itu zalim, maka mereka harus turun esok membuktikan kepercayaan mereka dengan berdemonstrasi secara aman.

Bahkan, bagi Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, adalah tanggungjawab seluruh rakyat untuk hadir, dengan hanya meninggalkan tiga golongan di rumah, iaitu mereka yang uzur syarie, mereka yang penakut dan mereka yang menyokong ISA.

Menurut Nasrudin, ISA memang sepatutnya dimansuh memandangkan akta ini telah banyak memangsakan mereka yang tidak bersalah, malah ISA tidak pernah membuktikan kesalahan mangsanya di mahkamah atau melalui proses perbicaraan yang adil dan telus.

Perhimpunan mansuhkan ISA pada jam 2.00 petang esok merupakan perhimpunan aman yang santai dan bersifat kekeluargaan, maka pihak penguatkuasa yang terlibat khususnya pihak polis tidak perlu bimbang tentang kemungkinan berlakunya sebarang kekecohan, ia tidak akan berlaku kecuali jika ada pihak lain menyusup masuk dan membuat provokasi.

Ulas Yusof, penyertaan dalam demonstrasi esok adalah penting sebagai sesi pernyataan sikap, sikap tidak bersetuju terhadap apa-apa bentuk kezaliman, dan ISA adalah salah satu kezaliman yang wujud dalam bentuk undang-undang.

Sementara bagi Nasrudin, atas kapasitinya sebagai pemimpin pemuda, demonstrasi mansuhkan ISA ini adalah peluang anak muda yang berkesedaran untuk melunaskan tanggungjawab mereka bangkit bersuara bagi membebaskan mereka yang sedang teraniaya.

Demo esok anjuran GMI dengan turut disertai oleh parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan NGO.

Parti Gerakan yang turut menyokong usaha ini cuba menyerahkan memonya kepada Yang Dipertua Agung hari ini namun tidak berjaya.

Gerakan turut menarik balik cadangannya untuk turut serta dalam demo esok. - TMI

10 May 2009

Tak Perlu Terima Kasih Bebas ISA - Mohamad Sabu

KEPALA BATAS, 10 Mei (Bernama) -- PAS menyokong kenyataan pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskannya daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau mengulas pembebasan Uthayakumur dan 12 lagi tahanan ISA semalam. Mereka ditahan sejak Disember 2007.Mohamad berkata ISA sepatutnya sudah lama dimansuhkan.
Mengenai Kelab Penyokong PAS, beliau berkata kelab itu kini mempunyai kira-kira 20,000 anggota. -- BERNAMA

02 May 2009

Satu Lagi PRK - Manoharan Mungkin Letak Jawatan

Penasihat Undang-Undang Hindraf, M. Manoharan, yang kini sudah 14 bulan ditahan di bawah ISA, melahirkan keinginan nya untuk melepaskan jawatan ADUN Kota Alam Shah, yang di pegang nya sejak PRU12 lalu.

Mahoharan telah mengesahkan khabar-khabar angin yang tersebar sebelum ini yang mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN dengan alasan tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi beliau.

“Walaupun tidak pernah mengenali saya atau pernah berjumpa dengan saya, namun saya telah meraih undi sebanyak itu,” kata Manoharan dalam kenyataan media beliau. Monaharan telah meraih undi sebanyak 7,184 dari 12,699 pengundi DUN berkenaan.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkhidmat kepada masyarakat di kawasa Kota Alam Shah kerana ditahan dibawah ISA,” jelas beliau lagi. -- seterusnya DI SINI

05 April 2009

ISA 13 finally free

Freed ISA detainee R. Kenghadharan waves to well-wishers as he leaves the Kamunting detention centre in Perak on Sunday, April 5. He was one of the 13 people held under the Internal Security Act whose release was ordered by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak upon stepping up to the top office. — Picture by Choo Choy May

By Adib Zalkapli
TAIPING, April 5 — Thirteen ISA detainees released by Datuk Seri Najib Tun Razak last Friday finally tasted freedom from the Kamunting centre today.
Among them were two Hindraf leaders, R. Kengadharan and V. Ganabatirao, held under the Internal Security Act in late 2007 for leading the largest Indian uprising in the country that led to the Barisan Nasional's worst performance in election last year.
It was learnt that both were freed with conditions.
Others released were seven members of Darul Islam Sabah, one from Jemaah Islamiyah and three foreigners who detained for alleged documents forgery.
They were taken out of the detention centre in stages with the foreigners being the first to be taken out by the Immigration Department.
Kengadharan and Ganabatirao left the centre at 1.25pm and were driven to their respective houses in Shah Alam, followed by their family members.
The Islamists were taken out of the detention centre centre soon after that but the authorities were silent how many were freed with or without conditions.
Kenghadharan's wife M. Kalaiwany disclosed to reporters outside the centre that her husband was released conditionally, but added she was not informed of the details.
"I will first take him to the temple," Kalaiwany said while waiting for her husband's release.
"His immediate priority now will be family and his legal practice," she said when asked whether her husband would continue with the struggle.
Three other Hindraf leaders, T. Vasanthakumar, M. Manoharan and P. Uthayakumar are still held under the act which allows for detention without trial.
The prime minister announced their release on his first day of office last Friday evening in an attempt to show his commitment to reform but opposition leaders believed the move was merely an election ploy to help BN improve its chances in the Bukit Gantang and Bukit Selambau by-elections.
Meanwhile Vasanthakumar's cousin claimed that the family members were willing to campaign for BN if the other three Hindraf leaders are released today.
A. Latha told reporters that they were willing to set aside their animosity if the new PM was sincere in reforming the country.
"We are willing to forget and move on, and Vasanthakumar has also discussed this matter with our family members," she said.
Independent candidate for the Bukit Gantang by-election Kamarul Ramizu who made a brief stop outside the detention centre thanked Najib for his move.
"I hope everyone will be patient, God willing everyone else will be released," he said

13 tahanan ISA dibebaskan secara berperingkat-peringkat pagi ini


Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: 13 Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini mula dibebaskan secara berperingkat-peringkat pagi ini.

Kira-kira 10:43 pagi tiga orang tahanan ISA warga asing mula kelihatan dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Tahanan itu termasuk dua pemimpin dijadual dibebaskan 11 pagi.

Pembebasan mereka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.

Pusat tahanan ini menjadi tumpuan sejak 7 pagi tadi.

Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti sejak 7.30 pagi lagi.

Penyokong dan pengikut Makkal Sakthi juga 'berkhemah' sejak dua jam lalu.

Seorang penyokonh mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sakthi".

Kawalan keselamatan juga diperkatakan.

Seorang penyokonh mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sankthi".

Kawalan keselamatan juga diperkatakan.

Bagaimanapun ahli keluarga tahanan ISA lain dibebaskan tidak kelihatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, Selain pemimpin Hindrag, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.

Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.

Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.
Pic & article : mStar

10 February 2009

Nizar akan di ISA kan?

Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. -- seterusnya DI SINI
Sumber: UmmiAnni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive