29 May 2011

ISA : 3 tangkapan terbaru - disahkan Hishammuddin

Tiga ditahan mengikut ISA kerana terbabit dalam penyeludupan manusia

KOTA KINABALU: Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu berkenaan dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat. Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka. Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ismail Ahmad dan Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Suria Idris, kedua-dua mereka anak jati tempatan, di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah.

Katanya, tangkapan itu adalah sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive