05 January 2014

6 tahanan terakhir ISA dibebaskan hari ini



Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak akan dibebaskan hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata mereka terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.
  
"Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya dalam kenyataan dua perenggan.
  
Rakyat Malaysia yang akan dibebaskan terdiri daripada Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.
  
Warganegara Indonesia terdiri daripada Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, sementara warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.
  
Pembebasan tahanan ISA ini berikutan pemansuhan akta tersebut dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive