Showing posts with label HIMPUNAN BERSIH2. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN BERSIH2. Show all posts

28 June 2011

Bersih 2.0 : Media Dayus Perdana

Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam.

Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.

22 June 2011

Panduan kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 - 9 Julai 2011

*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:

■Pendaftaran automatik
■Reformasi undi pos
■Penggunaan dakwat kekal
■Akses kepada media
■Masa berkempen minima
■Pengukuhan perbadanan awam
■Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

20 June 2011

Biarkan Himpunan Bersih diadakan — Aspan Alias

20 JUN — Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9 Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu.

Inilah yang sangat ditakuti oleh Umno terutamanya kerana Umno tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.

19 June 2011

Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.

“Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan,” kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.

18 June 2011

Nasruddin nasihat agar Mubarak tidak jadi Hosni Mubarak

Mubarak mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan Bersih 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan Mubarak agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

Bersih 2 : Pemuda Umno tak hirau amaran Hishamuddin

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat.

16 June 2011

Pemuda UMporNO juga akan berarak pada 9 Julai - KJ

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat - Tuan Ibrahim

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.

“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan.

“PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil.

10 June 2011

BERSIH 2 : Majlis Peguam sedia khidmat undang-undang pada yang ditangkap - Baljit Singh

Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

07 June 2011

BERSIH 2 - Hishammuddin perlu tarik balik ugutan - Shamsul

Posted on Jun 7, 2011 by Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya menarik balik ugutannya terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, Julai depan.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menegaskan bahawa tiada ‘layanan istimewa’ untuk pihak yang terlibat perhimpunan tersebut.

“Saya cabar Hishammuddin supaya menarik balik ugutan tidak berasas beliau yang jelas melihatkan ketidakmatangannya berhadapan perkara itu.

“Tidak timbul Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu takut sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 dijalankan bulan depan kerana pengalaman sebelum ini menyaksikan perhimpunan tersebut tidak mengganggu-gugat keselamatan negara,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.

05 June 2011

Jika anda benci BN, sertai ...

KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

28 February 2011

Apakah wajarnya Himpunan Bersih2 500K?


1. Kita telah memberikan tempoh sehingga 1 Mei 2011 untuk Kerajaan Umno dan BN segera melakukan satu transformasi yang meyakinkan rakyat dalam pengurusan dan pengendalian sistem demokrasi negara agar adil, telus dan baik. Rakyat telah menanti dalam satu tempoh yang terlalu lama untuk kerajaan melakukan perubahan yang dimaksudkan sejak tuntutan mereka melalui rally Bersih 1 tempoh lalu.

2. Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan selayaknya menjadi slogan yang baik untuk kerajaan bertindak drastik untuk memulihkan persekitaran dan meratakan padang demokrasi negara agar semua parti yang menyertai pilihanraya dapat bertanding dan bersaing di atas padang yang sama rata . Sebagaimana tindakan drastik yang diambil oleh Pengerusi PTPTN yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau melanjutkan tempoh bayar peminjam PTPTN dari 6 bulan kepada 30 bulan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan Perhimpunan Peminjam PTPTN dan MARA akan diadakan di Hotel Sri Malaysia Temerloh pada 26 feb 2011 baru - baru ini.

3. dan seterusnya [DISINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive