12 April 2009

Dalaman UMNO/BN Terus Bergolak

Ada cerita-cerita mengatakan Ahmad Said MB Terengganu akan ditumbangkan melalui usul undi tak percaya pada sidang DUN akan datang. Ahmad Said orang Pak Lah, orang KJ. Rupa-rupanya Deris Jusoh masih berdendam dengan Mat Said ni. Kalau cerita ni menjadi realiti, dan tentu Mat Said akan kosongkan kerusi nya .... Kalau dia terus disitu, makna nya Mat Said memang muka tebal lah. .... Akan ada PRK lah.
Parlimen Kepala Batas, Parlimen mantan PM Pak Lah juga mungkin akan ada PRK. Seperti kata Utara Online, tak kan lah Pak Lah yang masih menjadi ahli parlimen Kepala Batas akan hadir sidang parlimen hanya sebagai wakil rakyat sahaja... padahal beliau pernah hadir sebagai PM. Fikir-fikir kan lah apa reaksi tanggapan penerimaan lain-lain ahli parlimen terhadap beliau .... oleh itu pak lah kena lah letak jawatan dan adakan PRK ...
"Saya tak kecewa walau tidak diberi apa-apa jawatan ....." begitu lah lebih kurang kata-kata KJ. Apakah kata-kata ini ikhlas? Hanya tuhan yang tahu. Tapi dari pandangan mata kasar, KJ pasti kecewa. Apa tidak nya, orang no 2 dalam pemuda dan orang yang kalah menetang beliau telah diberi jawatan timbalan menteri. Sebab beliau tidak diberi jawatan konon nya menurut kat Najib ialah untuk memantapkan Pemuda. Satu alasan yang cukup ringan pada saya.
Orang-orang pak lah dan KJ juga telah dan sedang dicantas oleh Najib. Azalina Osman, Noraini telah pun terkeluar. Shahrir Samad awal-awal lagi telah meletak jawatan apabila kalah pada perhimpunan agung baru-baru ini. Terbaru dua penyokong setia KJ di Sabah telah di panggil SPRM. Nizam Abu Bakar Titingan dan Faizal Ampong. Mereka juga adalah pemimpin pemuda gerombolan di Sabah. Nizam timbalan ketua Sabah dan Faizal bekas ketua Batu Sapi.
Hamid Albar yang tidak tersenarai dalam kabinet Satu Malaysia juga mungkin tidak berdiam diri. Dan apakah hamid albar akan meletak jawatan? Ada apa-apa pula cerita dari negeri hang tuah? Si Ali tu? Ku Li pula kata dia tetap setia dalam UMNO, tapi apakah betul kata-kata Ku Li ini?
Sama-sama lah kita tunggu apa akan jadi esok ???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive