Umum mengetahui, ramai yang tahu, tapi apakan daya rakyat biasa tidak berkuasa, tidak berdaya untuk menghalang dari ianya terus berlaku. Kes tahanan dipukul semasa dalam lokap adalah perkara biasa.
Seorang jiran berpangkat inspektor pernah bercerita, kejadian memukul tahanan semasa dalam lokap memang berlaku di mana-mana lokap polis. Kejadian ini dilakukan semata-mata untuk sama ada agar tahanan itu mengaku akan kesalahan yang dilakukan atau untuk mendapat apa-apa lagi rahsia bersabit dengan tangkapan tersebut. Katanya nya kalau setakat jentik telinga mustahil tahanan tersebut akan mengaku akan perbuatan nya atau pun membuka sebarang rahsia yang tersimpan. Ya kita dapat terima alasan ini.
Tapi yang kita tak dapat terima apabila tahanan dizalimi sehingga meragut nyawa, saperti kes A Kugan baru-baru ni. Seperti biasa lah, polis akan menafikan sekeras-kerasnya yang kematian tersebut di sebabkan oleh anggota-anggotanya, malahan cuba mensabitkan dengan perkara-perkara lain. Dalam kes Kugan, katanya mengalami penyakit paru-paru berair. Selepas siasatan panel bebas, didapati memaang Kugan mengalami penyakit paru-paru berair?
Kes terbaru, Adi Anwar yang ditahan atas tuduhan memiliki dadah pada 7 April lalu terpaksa dimasukan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang, selepas koma setelah kononnya meminum cecair 'thinner' ketika sedang disoal siasat. Apakah kita harus mempercayai lagi dakwaan ini?
Apakah kejadian seperti ini akan terus berlaku? Saya amat pasti kejadian-kejadian seperti ini akan terus berlaku kerana tiada siapa yang dapat menghalang tindakan-tindakan ganas para-para anggota penyiasat polis ini, kerana pernah satu ketika polis di gelar "samseng berlesen". Dengan lesen "polis" itu mereka dapat melakukan apa saja tanpa sebarang halangan.
Oleh itu segera kan lah penubuhan IPCMC - Suruhanjaya Siasatan dan Aduan Salah Laku Polis. Kenapa polis mesti takut dengan IPCMC sekiranya mereka betul-betul menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Harap Perdana Menteri baru Najib Razak dapat mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya ini. Selagi IPCMC tidak ditubuhkan selagi itu lah polis akan terus menjadi anggota kerajaan yang paling samseng.
1 comment:
polis samseng kerana umno samseng...
salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
Post a Comment